Malay Synopsis
MIZZ ARYNA (8) bersama ibunya (30) diserang sekumpulan lelaki berparang yang menyamun.Mariam cuba melawan tetapi gagal. Antara geng berparang itu, kebanyakan mereka memakai rantai dan ada lambang labah-labah warna pink (merah jambu). Kemudian lelaki itu membunuh Mariam dan melarikan barang kemas. Aryna hanya mampu terduduk menangis menyorok disebalik meja.Dia mengenal pasti pembunuh ibunya itu memakai rantai labah-labah.
10 TAHUN KEMUDIAN…
Mizz Aryna kini sudah berumur 18 tahun,dikenali sebagai gadis lasak dan kuat bertomoi. Teman lelakinya SHAH (20) terasa segan kerana Aryna kerap menyelamatkannya daripada dipukul samseng nakal di universiti. Setiap petang, Aryna akan berlatih tomoi. Niatnya cuma satu, dia mahu mencari pembunuh ibu kandungnya.
Selama ini dia telah membuat kajian mengenai geng Labah Pink 30 yang kebanyakannya terdiri daripada samseng Melayu. Kumpulan Labah Pink 30 itu telah diburu polis kerana kegiatan mereka menjalankan rompakan bersenjata. Geng Labah Pink adalah serpihan daripada kumpulan ajaran sesat yang menggunakan nama Islam kononnya mahu menegakkan syiar Islam, menjunjung al Quran dikepala kononnya menghafal 30 juzuk al quran walhal surah al fatihah pun mereka tak hafal! Malah bacaan doa Qunut dalam solat pun mereka tak tahu. Persatuan yang menggunakan nama Islam ini telah diburu polis, dan kebanyakan ahlinya telah mati akibat bergaduh sama sendiri.
Keratan2 akhbar dan suspek2 yang diburu polis telah direkodkan oleh Aryna. Dia mahu memburu kumpulan terbabit yang membunuh ibunya. Dia langsung tidak menceritakan hal itu kepada Shah. Shah terlampau sayangkan Aryna. Namun, Aryna pernah berkata dia akan memburu kumpulan tersebut terutamanya yang membunuh ibunya. Sewaktu umurnya 8 tahun itu, dia mengenal pasti ada 4orang yang merompak rumahnya dan salah seorang yang membunuh ibunya.
Menurut keratan akhbar sekarang salah seorang geng Labah Pink itu baru sahaja meninggal dunia setelah sekian lama diburu polis bernama Kakanda Tulen. Aryna pergi ke rumah lelaki terbabit untuk mendapatkan info siapa lagi 3 lelaki yang lain. Dia terpaksa memberitahu Shah.
Dia telah ke rumah Kakanda Tulen yang mati, dia mendapat info 3 lagi yang lain bernama Adinda Jambu, Si Hitam dan Jaguh. Namun tiada alamat. Yang ada hanyalah Adinda Jambu yang kini sudah lama meninggalkan kumpulan itu dan menjadi cikgu tarian.
Aryna bersama Shah kemudiannya bertemu dengan Adinda Jambu. Berlaku pertarungan di situ, dan Adinda Jambu telah tewas Adinda Jambu mengaku mereka yang merompak rumah Aryna 10 tahun dulu, tapi bukan dia yang membunuh ibu Aryna! Adalah si Jaguh. Dia tidak tahu ke mana Jaguh pergi kerana kumpulan mereka telah berpecah. Aryna mahu memburu Jaguh. Tetapi dia tidak dapat info.Yang ada hanya info Si Hitam.
Proses pemburuan bermula. Si Hitam kini bekerja sebagai penebar roti canai. Dia bukan sahaja hebat berlawan, tetapi hebat melontar roti canai. Kemunculan Aryna menggugat kedudukannya.Aryna mahu tahu adakah Si Hitam geng kumpulan Lebah Pink 30. Si Hitam enggan mengaku dan bertarung dengan Aryna. Aryna mudah menewaskan. Barulah dia tahu Aryna adalah budak kecil 10 tahun lepas sewaktu mereka merompak rumah Aryna. Aryna mahu tahu mana Jaguh pembunuh ibunya. Si Hitam gagal member info kerana mereka telah berpecah. Si Jaguh melarikan diri dari kumpulan dan gagal dikesan setelah pemburuan polis.
Pemburuan Aryna terhenti. Dia gagal menemui Jaguh iaitu pembunuh ibunya. Shah sentiasa member semangat perjuangan kepadanya. Suatu hari Aryna membantu Shah mengemas stor dirumah Shah. Ayah Shah iaitu Megat ada disitu dan bekerja sebagai penjaga kelab malam. Ketika mengemas stor,Aryna terjumpa rantai gambar labah-labah sama seperti yang dilihatnya sewaktu umur 8 tahun. Adakah ayah Shah adalah Jaguh si pembunuh ibunya?
Sejak itu, Aryna berteka-teki. Dia tidak memberitahu Shah hal yang sebenar.Aryna cuba menyelidik latar belakang ayah Shah. Shah menceritakan. Ayahnya pernah masuk penjara kerana terlibat dalam rompakan.Dia baru saja dibebaskan beberapa tahun sebelum ini. Aryna sayangkan Shah, tetapi mustahil dia boleh hidup dengan anak si pembunuh ibu kandungnya?
AKhirnya satu malam, Aryna nekad bersemuka dengan Shah dan Megat. Megat terkejut kehadiran Aryna. Megat mengaku dia adalah Jaguh yang membunuh Mariam. Pertempuran antara Megat dan Aryna berlaku dalam rumah itu disaksikan Shah. Shah benar2 tidak menyangka ayahnya adalah pembunuh. Ketika itu Megat menggunakan parang untuk membunuh Aryna, namun Shah menyelamatkan. Megat tertikam anaknya sendiri!
Shah akibat tikaman dan terlantar di hospital. Megat telah ditangkap polis kerana kesalahan cubaan membunuh anak sendiri. Megat juga akan didakwa berikutan pengakuannya membunuh ibu kandung Aryna.