Malay Synopsis
Zulaiha terkenal dikampungnya dengan gelaran ‘Leha Bahulu’. Kerana setiap tahun menjelang raya, perniagaan bahulunya mendapat sambutan hangat dari penduduk kampung. Perniagaan Leha dibantu suami dan anaknya, Laili.
Munculnya kehadiran jiran baru dari Bandar, Azura janda muda yang mempunyai seorang anak, Zamil. Azura pindah ke kampung kerana suaminya yang bertugas sebagai askar telah hilang hampir 5 tahun ketika berkhidmat. Untuk menyara kehidupannya, Azura menjual biskut raya. Dalam banyak jenis biskut yang dibuatnya, tat nenas Azura sering mendapat permintaan yang tinggi.
Menjelang Ramadhan, Azura dan Zamil mula membuat promosi tat nenas di kampung itu. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati pada Leha Bahulu kerana menganggap Azura cuba menjatuhkan bisnes bahulunya.
Leha mula mengatur srategi untuk menjatuhkan Azura. Pelbagai cara Leha Bahulu buat, agar orang kampung tidak membeli tat nenas Azura. Ini menyebabkan timbul kekecohan.
Akibat terlalu menumpukan perhatian terhadap pernigaan bahulunya, Leha Bahulu mula menyedari akan suami dan anaknya yang mula menjauhkan diri kerana tidak mendapat perhatian. Segala makan dan minum mereka terabai. Lebih menyakitkan apabila suami Leha Bahulu mula berbaik-baik dengan Azura.
Ini menimbulkan rasa cemburu kepada Leha Bahulu. Tatkala suami Leha Bahulu menyuarakan hasrat mengahwini Azura, muncul pula suami Azura pada malam raya.
Azura telah berjumpa dengan Leha Bahulu dan telah memohon maaf. Menyedari itu, Azura meyuarakan niatnya untuk membantu mengembangkan pernigaan bahulu Leha. Leha bersetuju dan akhirnya mereka berdamai. Kini pernigaan mereka berdua semakin Berjaya.