Malay Synopsis
PASANGAN SUAMI ISTERI, PAK RAIS DAN HABSAH MEMILIKI SEPASANG ANAK IAITU FAROK DAN FAZLIA. PAK RAIS SEORANG PESARA. HASIL WANG SIMPANANNA, PAK RAIS TELAH MEMBELI SEBIDANG TANAH UNTUK DIUSAHAKAN. FAROK MERUPAKAN ANAK KESAYANGAN PAK RAIS. KADANGKALA TIMBUL SIKAP CEMBURU DI HATI FAZLIA, KERANA SIKAP TIDAK ADIL PAK RAIS TERHADAP DIRINYA.
HAL TERSEBUT DISEDARI OLEH HABSAH. HABSAH SELALU MENASIHATI PAK RAIS AGAR BERSIKAP LEBIH ADIL. WALAU BAGAIMANAPUN FAZLIA SENTIASA SABAR KERANA SANGAT MENGHORMATI DAN MENYAYANGI PAK RAIS SEBAGAI AYAHNYA
KERANA PERHATIAN YANG LEBIH, FAROK MULA MENGAMBIL KESEMPATAN. DIA MULA MALAS BEKERJA DAN BERJUDI. FAZLIA SERING MENGADU KEPADA PAK RAIS AKAN SIKAP ABANGNYA YANG SUKA BERHUTANG KERANA JUDI. PAK RAIS TIDAK PERCAYA, KERANA IA MENGANGGAP FAZLIA CEMBURU AKAN FAROK.
HINGGALAH SUATU HARI, PAK RAIS MULA SEDAR AKAN SIKAP FAROK, BILA AH LONG MULA DATANG KE RUMAH. WALAUPUN FAZLIA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG, FAZLIA TERPAKSA MENANGGUHKAN PELAJARANNYA, KERANA PAK RAIS TERPAKSA MENJELASKAN HUTANG FAROK. PAK RAIS MULA RASA BERDOSA TERHADAP KETIDAK ADILAN DIRINYA TERHADAP FAZLIA.
SETELAH PERBUATAN JAHATNYA DIKETAHUI, FAROK MULA MELARIKAN DIRI. SEJAK KEJADIAN ITU, PAK RAIS MULA BERUBAH SIKAP. SEHINGGALAH SUATU HARI, PAK RAIS DITERMUI TIDAK SEDARKAN DIRI DI KEBUNNYA. SEJAK ITU, PAK RAIS LUMPUH SEBELAH BADAN.
FAZLIA TELAH MENJAGA PAK RAIS DENGAN PENUH KASIH SAYANG. WALAU PUN SERING DIMARAHI PAK RAIS, NAMUN FAZLIA TETAP SETIA MENJAGA PAK RAIS. MENJELANG RAMADHAN YANG AKAN TIBA, PAK RAIS TELAH MEMINTA FAZLIA MENCARI ABANGNYA, FAROK. MULANYA FAZLIA TIDAK MAHU, KERANA TIDAK MAHU KEJADIAN LAMA BERULANG, TAPI ATAS DASAR KASIHAN FAZLIA MULA MANCARI ABNGNYA.
BALIKNYA FAROK MENJELANG RAMADHAN, AMAT MENGGEMBIRAKAN HATI PAK RAIS. PAK RAIS MENGHARAPKAN FAROK AKAN MENJAGANYA. RUPA-RUPANYA FAROK BALIK KERANA DIA INGINKAN GERAN TANAH YANG DIMILIKI PAK RAIS. PAK RAIS BENAR-BENAR KECEWA. HATINYA HANCUR MELIHAT FAROK YANG DITATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH RUPANYA IBARAT ANAK YANG TIDAK MENGENANG BUDI. HABSAH BEGITU KECEWA. MELIHAT FAZLIA YANG HAMPIR CEDERA KERANA DIKASARI FAROK, PAK RAIS CUBA BANGUN MENYELAMATKAN FAZLIA. FAZLIA MULA RASAKAN SEBENARNYA SAYANG PAK RAIS. BILA FAROK TELAH BERJAYA MENDAPATKAN GERAN TERSEBUT DIA TERUS MENINGGALKAN PAK RASI DAN KELUARGA DENGAN PENUH TANGISAN. TATKALA MENDEGAR TAKBIR, PAK RAIS TELAH MENINGGALKAN DUNIA.
KETIKA ITU, FAROK DALAM PERJALANNYA, TIBA TIBA TELAH MENGALAMI KEMALANGAN. SAAT ITU, DIA TERINGAT AKAN DOSANYA TERHADAP PAK RAIS. SAYUP TERDENGAR TAKBIR, DIA TERLIHAT BAYANGAN PAK RAIS MENDEKATINYA. FAROK MULA MERAYU MEMOHON AMPUN NAMUN PAK RAIS TERUS PERGI MENINGGALKAN FAROK.
AKHIRNYA FAROK MENINGGAL DUNIA PADA MALAM RAMADHAN MENJELANG