Malay Synopsis
Gusman dikenali sebagai jaguh gusti Lengan di sebuah Kampung Pinang Sebatang kerana kehebatannya menewaskan musuh di gelanggang gusti. Sejak menjadi jaguh Lengan itu, ramailah kekasih yang mendekatinya. Malah, namanya tetap subur dikenali umum.
Namun begitu, dia sangat ego dan berlagak kuat walaupun sememangnya diketahui dia memang kuat. Suatu hari, telah diadakan pertandingan gusti Lengan. Pencabar Gusman kali ini adalah dari jaguh dari selatan. Dia berjaya menewaskan musuhnya itu dengan mudah.
Keegoannya kian teserlah lagi. Dia menjadi lebih gangster dan gemar memukul orang-orang yang tidak bersalah. Muncul seorang lelaki dikenali sebagagai Jaka Kembung seorang nelayan penjual ikan kembung yang hebat ilmu persilatan dan hebat menangkap ikan. Dia akan mencabar Gusman untuk bertarung dengannya.
Pertarungan telah dijalankan. Kali ini Gusman kalah kerana ilmu persilatan Jaka Kembung begitu hebat hinga menjatuhkan tangan Gusman. Gusman mengkaji siapakah Jaka Kembung itu? Jaka Kembung mempunyai seorang kekasih bernama Mira. Jaka Kembung dikenali sebagai seorang yang sangat kedekut hinggakan Mira kekasihnya rasa geram. Sepatutnya Jaka Kembung akan berkahwin dengan Mira. Keluarga Mira meletakkan hantaran 15 ribu tetapi Jaka Kembung minta diskaun hingga 8 ribu saja.
Gusman malu besar dan dia sering dihina akibat kekalahannya terhadap Jaka Kembung. Dia dapat idea dan mencari kelemahan Jaka Kembung daripada Mira. Bermulalah proses dia mengorat Mira dan akhirnya dapat! Mira kelihatan selesa dengan Gusman berbanding kekasihnya Jaka Kembung yang sangat kedekut. Gusman menghabiskan wangnya untuk Mira. Mira membocorkan rahsia kelemahan Jaka Kembung adalah di perutnya yang kembung. Kelemahannya apabila digeletek. Apabila geli, jaka Kembung akan lemah.
Gusman kemudiannya mengadakan perlawanan lagi untuk menebus kekalahannya tempohari dengan Jaka Kembung. Jaka Kembung begitu yakin untuk memenangi perlawanan. Malangnya, dia tewas di tangan Gusman. Jaka Kembung malu besar dan terus menghilangkan diri. Jaka Kembung juga kesal kerana Mira sanggup berpaling tadah kepadanya. Gusman kemudian meninggalkan Mira kerana tugasnya telah selesai. Kecewalah Mira bila dia bukan sahaja kehilangan Jaka Kembung, tetapi juga kehilangan Gusman.
Gusman kini semakin ego dan berlagak. Dia mencabar sesiapa sahaja untuk bertarung dengannya. Kemudian, muncul individu bertopeng mahu bertarung. Siapa individu bertopeng itu? Pertarungan dijalankan dan Gusman kalah teruk dengan mudah dibelasah individu bertopeng. Gusman mahu tahu siapa individu bertopeng itu. Apabila topeng dibuka, ia adalah Mak Kiah Karipap iaitu ibu kandungnya. Mak Kiah Karipap kesal selama ini Gusman telah lupa diri dan ego, lama tak balik kampung melawatnya. Gusman insaf dan memohon keampunan dari ibunya. Dia berjanji tak akan ego lagi.