Malay Synopsis
Boy sering dibuli di kolej oleh kawan-kawannya kerana dia seorang yang bertubuh gempal dan pendek. Mereka juga sering mengejek Boy kerana Boy tidak secergas kawan-kawannya yang lain. namun, Boy tetap diam dan tidak mempedulikan ejekan teman-temannya.
Suatu hari, Boy ke padang ingin beristirehat. Setelah kepenatan seharian kuliah dia terlena di bawah sebatang pokok. Ketika dia sedang nyenyak tidur, tiba-tiba dia digigit seekor labah-labah yang membuat sarang di atas pokok. Dia berasa sakit dan segera balik ke rumah.
Di rumah, Boy melihat kesan gigitan labah-labah itu semakin membesar. Boy semakin tidak tahan dan mengaduh kesakitan. Akhirnya dia pengsan dan tidak sedarkan diri. Ketika dia pengsan dia terasa seperti awang-awangan lalu bertemu seorang tua dan memberitahu bahawa dia bakal menjadi super hero. Dia terkejut hairan kenapa dia boleh jadi super hero? Lelaki tua itu memberitahu bahawa labah-labah yang menggigitnya itu adalah labah-labah jadian dan dia merupakan orang yang terpilih memiliki tenaga super hero. Dia tidak percaya lalu cuba melarikan diri. ketika dia menjerit-jerit kerana takut dengan lelaki tua itu akhirnya dia tersedar juga dari pengsan. Dia melihat kesan gigitan labah-labah tadi telah tiada dan dia berasa lega kerana itu hanya khayalan dia saja.
Ketika dia mahu mandi, dia mahu membuka pintu bilik air, habis tercabut pintu tersebut. Dia membelek pintu tersebut dan hairan macam mana pintu tersebut boleh tercabut. Dia cuba menyikat rambutnya tetapi sikatnya juga patah. Dia berasa kurang senang.
Dia ke kuliah seperti biasa. Ketika di kuliah, dia seperti biasa dibuli teman-temannya. Mereka meletakkan gula getah di kerusinya. Kemudian ketika dia tertidur di dalam bilik kuliah, kawan-kawannya mengikatkan tali kasutnya diikat di kaki meja. Namun, kerana dia ada kuasa, dia mampu melepaskan diri dan kawan-kawannya hairan kerana tiada apa-apa yang berlaku. Dia pula tidak perasan dan terus berjalan keluar.
Din, seorang temannya pula selalu cemburu dengan Boy kerana walaupun Boy seperti seorang yang dungu namun, Boy menjadi kegilaan gadis-gadis di kolej. Salah seorangnya adalah gadis idamannya. Disebabkan itu, Din juga salah seorang yang suka membuli Boy. Din sering mengenakan Boy tapi Boy tidak pernah marah. Akan tetapi Din jadi semakin marah dengan Boy kerana gadis idamannya seperti jatuh hati kepada Boy. Din cuba membuat sesuatu yang semakin melampau dengan cuab melanggar Boy tetapi tidak juga berjaya. Akhirnya, dia menculik gadis idamannya kerana berasa tercabar dengan gadis tersebut yang merendah-rendahkan martabatnya sebagai seorang lelaki. Boy tahu yang Eliza, gadis yang sering membantunya itu berada dalam kesusahan. Dia cuba untuk membantu tetapi tidak tahu di mana dia disembunyikan. Tiba-tiba Din datang dengan pakaian seragamnya dan cuba memukul Boy. Boy juga telah berubah menjadi super Hero dan berlawan dengan Din. Walaupun dia lambat untuk ke tempat di mana Ewliza disembunyikan tetapi dia sampai juga. Dia melihat Eliza yang keletihan di situ. tiba-tiba Din datang dan mereka berlawan lagi. Akhirnya Super Boy mampu menumpaskan Din. Din berjanji tidak akan berbuat jahat lagi. Super Boy pula membulinya tetapi ia sebenarnya untuk pengajaran agar Din tidak berbuat jahat lagi.