Malay Synopsis
Tok Siak amat gembira apabila mendapat tahu cucunya Ramadhan mahu pulang menyambut puasa di kampong. Perasaan sama juga dikongsi bersama isterinya Nek Timah. Tok Siak telah pergi ke kedai membeli barang barang makanan untuk disediakan kepada cucunya itu.
Ramadhan tiba dikampong bersama bapanya kerana ibunya tidak dapat menghantarnya pulang bersama kerana terdapat kes orang tua sakit jantung di tempat ibunya bekerja. Manakalan ayahnya terpaksa bergegas pulang kerana terdapat hal penting yang mahu diuruskan olehnya di bandar.
Ramadhan amat kesal dengan sikap ibu dan ayahnya dan menceritakan kepada datuknya bahawa ayah dan ibunya tidak berpuasa semasa bulan ramadhan dan mengambil peluang ke luar negera semasa bulan puasa. Tok Siak hanya mengurut dadanya mendengar luahan hati cucunya itu.
Tok Siak mengajak Ramadhan mengikutnya ke masjid untuk bersembahyang dan juga membersihkan kawasan masjid. Ketika sedang membantu datuknya, Ramadhan melihat kelibat seorang lelaki kecil yang membawa sebuah bola yang berlampu dan dia menyangka lelaki tersebut ‘Alien”. Datuknya ketawa mendengar kata kata cucunya itu. Ramadhan tidak puas hati dan memasang rancangan untuk menangkap “Alien” tersebut.
Akhirnya Ramadhan dapat menangkap “Alien” tersebut yang mengaku namanya Meon dan telah lari daripada rumah orang orang tua untuk menyambut bulan puasa di luar rumah orang orang tua. Sejak dari itu, Ramadhan menjadi rakan baik kepada Pak Meon. Mereka sering bermain kapal terbang kertas di kawasan masjid. Datuknya hairan melihat Ramadhan yang sering ke masjid dan suka sangat kemasjid. Kerana was was dengan sikap Ramadhan, Datuknya telah mengendap dan menangkap dia dan Pak Meon.
AJK Masjid telah memberi keizinan kepada Pak Meon untuk menetap di masjid tersebut dan perkara ini amat mengembirakan hati Pak Meon dan juga Ramadhan. Pada suatu malam, dua orang pencuri mahu mencuri kipas di dalam masjid dan telah disergah oleh Pak Meon. Atas sebab itu, salah seorang pencuri tersebut terkejut dan pitam kerana darah tinggi. Esoknya jemaah datang untuk sembahyang subuh melihat seorang lelaki diikat di tiang masjid. Lelaki tersebut telah dihantar ke balai polis oleh AJK Masjid.
Pak Meon sering memberi nasihat berbentuk keagamaan kepada Ramadhan dan sering bercerita tentang cita citanya yang mahu ke tanah suci. Ramadhan telah bermimpi dipimpin oleh Pak Meon di suatu tempat tandus. Dia melihat seorang lelaki iaitu ayahnya telah disiksa disitu. Dia tersedar dan berdoa agar ayahnya dan juga Pak Meon dilindungi Allah selalu.
Kebetulan pada malam yang sama, rakan kepada pencuri yang ditangkap telah datang kembali ke masjid untuk membalas dendam. Lelaki tersebut telah memasukkan Pak Meon ke ruamh guni lalu dibawa keluar dari masjid. Guni tersebut telah dicampakkan ke dalam sebuah sungai. Tiba tiba terdapat satu cahaya dari udara menyuluh guni tersebut dan mengangkat guni tersebut ke udara lalu hilang. Lelaki tersebut takut dan lari tak tentu hala lalu terjatuh dari motorsikalnya dan mati.
Pada keesokkan paginya, Ramadhan mencari Pak Meon dan dia melihat Pak Meon sedang termenung sambil melipat kertas surat untuk dijadikan roket. Mereka sama sama mengerjakan solat subuh...