Malay Synopsis
KAK MILAH SEORANG JANDA YANG MENJADI SEBUTAN RAMAI DIKAMPUNGNYA. PANDAI BERGAYA DAN MENGGODA DAN AGAK “MIANG” MELAYAN PELANGGAN LELAKI YANG SINGGAH SABAN HARI KE WARUNGNYA. STRATEGI MEMIKAT DAN MENGGODA PELANGGAN LELAKI MENJADI DAYA TARIKAN DAN PELARIS WARUNG MAKANNYA. MEMPUNYAI DUA ORANG ANAK PEREMPUAN IAITU WAWA DAN WANI. WAWA SUKA BERPAKAIAN YANG MENJOLOK MATA DAN PERGAULAN BEBAS BERSOSIAL MANAKALA WANI PULA SEORANG YANG SOPAN SANTUN DAN BERBUDI BAHASA. KETEGANGAN MULA BERLAKU APABILA DIA DAN SUAMINYA, PAK MUS BERCERAI. MEREKA PANTANG BERJUMPA DAN SERING BERGADUH. SELAIN ITU, KAK MILAH TIDAK MAHU KALAH DENGAN BEKAS SUAMINYA DAN SERING MENGANGGAP ANAKNYA WANI DIHASUT OLEH PAK MUS. WALAUPUN BEGITU, WANI CUBA BERUSAHA AGAR IBU BAPANYA BEBRBAIK SEMULA. NAMUN, KAKAKNYA WAWA SELALU MENGUTUK DIRINYA KERANA INGIN TUNJUK BAGUS. KONFLIK TERCETUS APABILA WAWA HAMIL ANAK LUAR NIKAH HASIL PERGAULAN BEBAS DENGAN SYAMSUL. SYAMSUL PULA SANGAT DIBENCI OLEH IBUNYA, KAK MILAH. KEADAAN INI MENYULITKAN LAGI SYAMSUL UNTUK MEMPERISTERIKAN WAWA. NAMUN, SYAMSUL INGIN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS ANAK YANG DIKANDUNG WAWA SEBALIKNYA WAWA MAHU MENGUGURKAN KANDUNGANNYA KERANA INGIN BERKERA SEBAGAI PERAMUGARI.