Malay Synopsis
Badrol telah berkenalan dengan Saerah yang merupakan seorang Guru Tadika. Perkenalan tersebut membawa bibit bibit cinta namun halangan utama Badrol untuk mendapatkan Saerah adalah bapa Saerah Ubaidillah yang merupakan seorang pesara tentera.
Ubaidillah seorang yang amat garang kerana dia percaya bahawa ayahnya adalah seorang askar yang berjasa pada negara ini iaitu Askar Gurkha. Atas sebab bapanya seorang pejuang di Malaya, Ubaidillah minat sangat dengan Team Harimau Malaya. Atas sebab itu orang kampong memanggil belaiau sebagai Ubai Aum.
Pada setiap hari raya Badrol telah cuba beberapa kali datang bertamu ke rumah Saerah tetapi ayahnya sering menjadi penghalang sehingga ditembaknya Badrol dengan “Bozaka”. Beberagai cara dilakukan oleh Badrol pada setiap tahun seperti menyamar sebagai posmen, pekerja TNB namun beliau gagal juga untuk mendekati Saerah.
Saerah telah menalipon Badrol pada hari raya pertama tahun ini dimana dia beritahu bahawa sepupunya akan menghantar pinangan pada hari raya ketiga. Badrol kusut dan biging. Dengan bantuan anak saudaranya Zakuan, Badrol telah bertindak untuk meminang Saerah sebelum dipinang oleh sepupunya itu.
Ibu Badrol, Halimahtun yang marah mendengar kesombongan Ubai Aum telah menyediakan 130 barang hantaran untuk majlis pertunangan tersebut. Dia telah dibantu oleh anak sulongnya dan menantunya untuk menyediakan hantaran tersebut.
Manakala Badrol yang mempunyai bengkel batik canting telah mencating baju baju melayu corak harimau malaya dan juga meminjam van jenazah untuk membawa mereka meminang Saerah. Kerja kerja tersebut terpaksa dilakukan kerana tiada kedai atau tempat menyewa van atas sebab hari raya.
Seperti yang dirancangkan, mereka telah bertolak ke rumah Saerah dan kerana mengejar masa, mereka mengambil jalan potong sehingga merekasesat dan van jenazah rosak. Muncul seorang lelaki indonesia mencolek Badrol kerana lapar dan atas sebab itu jugak mereka terpaksa memberi makanan dari baranganan hantaran untuk lelaki tersebut.
Akhirnya mereka sampai juga ke rumah Ubai Aum. Ubai Aum dan Saerah tidak berhenti ketawa sehingga berguling guling melihat van jenazah yang ditampal “sticker” seperti harimau malaya dan juga pakaian mereka yang dicanting harimau malaya. Tiba tiba, Ubai Aum terkejut melihat Halimatun. Dia menangis dan mengaku bersalah meninggalkan Halimantun kerana Ubai Aum sangat rindukan tahi lalat Halimahtun itu. Badrol dan Saerah disatukan walaupun mereka tidak dapat bersatu pada suatu waktu dulu.