Malay Synopsis
Telemovie ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang berumur 21 tahun iaitu Budin Poyo. Budin tinggal di kampong bersama dengan bapanya Pak Man iaitu seorang duda yang telah kematian isterinya. Budin tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetapi mempunyai seorang kekasih yang juga tinggal di kampong tersebut.
Oleh kerana kekasih Budin iaitu Milah sudah berumur (30 tahun), ibubapa Milah mahu mengahwinkan Milah dengan Rahim seorang kerani dan juga anak kepada penghulu di kampong tersebut. Milah mendesak Budin supaya segera mencari kerja dan masuk meminangnya sebelum dia terlepas ketangan orang lain.
Milah memolong Budin untuk mencarikan pekerjaan, malangnya Budin gagal di dalam temuduga untuk jawatan tersebut. Setelah itu Budin minta tolong dari kawannya Kamal yang bekerja di Kuala Lumpur untuk mendapatkan pekerjaan sebagai budak penghantar.
Oleh kerana Budin seorang yang pemalas, dia mencuri tulang sewaktu bekerja. Pada mulanya Kamal cuba untuk melindungi Budin dari kena tangkap disebakan curi tulang. Tetapi akhirnya perbuatan Budin diketahui juga oleh bosnya. Kesudahannya Budin dibuang kerja dan terpaksa pulang ke kampong tempat asalnya.
Nasib tidak menyebelahi Budin kerana Milah baru saja dikahwinkan dengan Rahim sehari sebelum Budin pulang ke kampong. Oleh kerana tidak dapat menerima berita tersebut Budin menjerit sepuas hatinya.