Malay Synopsis
Alif Ba Ta mengisahkan tentang tiga orang budak yang bersahabat baik.Mereka adalah Awi, Jiji dan Midon. Mereka juga sering menaikkan kemarahanLebai Mail yang merupakan guru mengaji mereka kerana sering memonteng kelas mengaji. Di dalam satu kelas mengaji Lebai Mail mendapati Awi, Jijidan Midon tidak ada dan menanyakan anak muridnya yang lain keman mereka bertiga. Di balik dinding madrasah Awi, Jiji dan Midon bersembunyi mematikan diri.
Di pekan, kelihatan dua orang meluru keluar dari sebuah kedai emas menjinjing punjut beg berisi barang rompakan. Mereka menyelinap di antara dua buah bangunan kedais ambil di hambat oleh seorang pengawal keselamatan yang agak berusia dan kedengaran satu das tembakan dilepaskan.
Awi, Jiji dan Midon sedang memetik mangga di belakang rumah Lebai Mail dan asyik bermain sehingga ke sebuah dusun durian.Terdapat sebuah pondok kecil dan di situ mereka memakan buah mangga yang dipetik dicecah bersama garam. Ketika Awi mendongak, dia terpandang senaskah surah Yassin terselit di gelegar atap pondok itu. Perlahan diabangun dan mengambilnya. Dia membuka naskah itu dan menoleh memandang Jiji dan Midon. “tau baca ke… “ sindir Midon. Kemudian Jiji mengajak Awi dan Midon bermaintembak-tembak sambil mengeluarkan pistol yang diperbuat daripada papan. Tanpa mereka sedari hari memanjat petang. Cuma bila Midon yang sedikit gempal itu merungut kelaparan barulah mereka sedar, mereka telah jauh menyusur parit. Akhirnya Midon mencadangkan mereka balik. Awi mencadangkan mereka mengikut jalan pintas, katanya dia tahu jalan itu kerana pernah mengikut bapanya mengail puyu. “Lepas pada bukit tu nanti kita jumpa la jalan besar..”tambah Awi. Seketika kemudian mereka bertiga berjalan menyusur denai kearah belukar.
Awi, Jiji dan Midon mendapati mereka telah sesat dan Awi mengajak mereka berpatah balik. Sewaktu Midon berpaling longlai, tiba-tiba dia ditangkap oleh seseorang, membuatkan Midon terjerit dan diikuti oleh jeritan Awidan Jiji. Awi dan Jiji cemas ketakutan bila dia melihat seorang lelaki yang kotor dan berlumuran darah sedang mencekak Midon. Dengan suara parau lelaki itu mengugut mereka. “jangan lari… kalau tak aku bunuh dia…”. Awi kelihatan tenang dan Jiji mula mencebik-cebik nak menangis.
“ikut aku…!” kata lelaki itu. Sebentar kemudian mereka menyusur denai menuju kearah pondok di tepi dusun durian dengan lelaki itu masih mencekak baju Midon. Wajah lelaki itu kelihatan berkerut-kerut menahan sakit.
Selepas beberapa ketika Awi yang semakin berani bertanya kepada lelaki itu, mengapa dia jadi begitu. Lelaki itu memberitahu bahawa dia telah terkena tembakan sewaktu melakukan rompakan di sebuah kedai emas. Dia menjadi jahat kerana ingkar pada ibu bapanya, guru dan ustaz yang mengajarnya mengaji. Dari kecil dia sudah mencuri. Akibatnya dia menjadi penjenayah dan hari ini katanya lagi, Tuhan telah menghukumnya. Dia kemudian memanggil budak bertiga itu dan meminta maaf. Midon bertanya, siapa nama lelaki itu namun tidak di jawabnya. Dia kemudianminta budak bertiga itu mengajarkannya mengucap dua khalimah Syahadah. Sesudah mengucap dua kalimah Syahdah, lelaki itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dari kejauhan kedengaran suara melaung memanggil nama Awi.
Di pondok dusun durian kelihatan seorang lelaki terbujur kaku berlumuran darah sendirian dengan tangannya memegang surah Yassin. Dua orang lelaki perompak menerpa ke pondok durian dan salah seorang darinya terus memaut dan memangku lelaki yang sudah mati itu sambil meraung menyebut nama Awi dan meminta maaf kerana meninggalkannya sendirian. “Midon… apa kita nak buat ni….!” Katanya kepada seorang lagil elaki yang sedang menekup kepala. Bergema seni kata lagu “ada teratak di hujung kampung… bawah cermin kopak ada kotak…. Tersembunyi bawahnya ada empurung… sembunyi bawahnya katak melalak….”.Wajah Lebai Mail mengimbas pandangan, “baca…!” jerkahnya.Habis.