Malay Synopsis
Telemovie ini mengisahkan tentang Rosnah yang tinggal di sebuah kawasan kejiranan yang suka berlumba-lumba untuk menunjukkan kekayaan masing-masing. Rosnah tinggal berdekatan dengan rumah Kak Ton dan Kak Nab. Kak Ton dan Kak Nab suka berlagak dengan harta benda dan kekayaan yang mereka ada. Oleh kerana sikap mereka yang tidak mahu mengalah antara satu sama lain, maka terjadilah pertengkaran dan juga insiden-insiden yang tidak diingini diantara mereka.
Rosnah dijadikan objek untuk Kak Ton dan Kak Nab bermuka-muka dan mengenakan antara satu sama lain. Rosnah mengadu hal tersebut kapada suaminya serta mengajak suaminya berpindah ke tempat lain kerana tidak tahan dengan gangguan dari Kak Ton dan Kak Nab. Suami Rosnah minta supaya Rosnah bersabar buat sementara waktu kerana beliau ada kerja penting yang perlu diselesaikan buat masa tersebut.
Oleh kerana leka berlawan-lawan untuk menunjukkan harta masing-masing, Kak Nab dan Kak Ton terlupa tentang anak dan suami mereka yang juga perlukan perhatian. Akhirnya nasib malang menimpa keluarga Kak Ton dan Kak Nab. Rosnah akhirnya berpindah ke rumah baru yang dibeli oleh suaminya dan hidup gemira tanpa gangguan dari jiran-jirannya yang dahulu.