HALAL DIRECTORY

Halal Business

Halal Services


TUMPO


Supplier Details
Skop Multimedia Sdn. Bhd. 
Malaysia     Silver Merchant


 
View similar products from this supplier
View supplier company profile
View this supplier website
Brief Description:

English Synopsis

Mat, Yob, and Lan are performing on stage. Fully dressed in rock star regalia rivalling the famous rock groups, Wings and Search. But all is just an illusion for the three of them are just singing under the tree. The trio is known as “GengTumpo”.

The Story of Mat–His parents often repeatedly adviced him to put his strong robust voice to the righteous path, such as going for an interview to be the DJ at Pak Man Telo’s wedding. The Story of Yob –His parents are tensed with him. They are often embarrassed because he always plays“tense” all day long. The Story of Lan –His parents are mad at him for the constant disappearance of water container drums, stolen for use as drums.

Three friends who dreamed of superstardom, the three of them as “Geng Tumpo” raise a ruckus through the village.

Detailed Description:

Malay Synopsis

Permulaan cerita penuh komedi. Mat, Yob, dan Lan berada atas pentas sedang mempersembahkan lagu. Mereka berpakaian penuh cantik kemas sememangnya gaya mengalahkan kumpulan Wings dan Search.  Kemudian, semua itu hanyalah ilusis ahaja. Rupa-rupanya mereka bertiga sedang memekak di bawah pokok. Mereka bertiga yang dikenali sebagai  ‘geng Tumpo’ ini lintang pukang melarikan diri sebai ksahaja Imam Moin memarahi mereka.

Mereka bertiga kemudiannya berehat di tepi sungai sambil memikirkan masa depan mereka yang mahu menjadi kumpulan muzik terkenal. Namun, impian mereka itu masih lagi tidak kesampaian. Mereka kemudian balik makan nasi sementara menanti hari petang untuk kembali membuat bising berhampiran port mereka di bawah pokok tidak jauh daripada masjid. Waktu petang adalah waktu yang paling digemari kerana ketika inilah awek-awek van kilang telur itik akan pulang dari kerja. Van yang membawa pekerja kilang akan memberhentikan kenderaannya di hadapan jalan tempat mereka berempat melepak. Sebab itulah mereka melepak di situ! Hahaha!

Sementara itu, Imam Moin dan beberapa jemaah masjid berborak rancak seperti ada isu besar Palestindan Israel. Tetapi hanya isu kampong sahaja. Merekame nasihati Imam Moin agar idak terlampau garang dengan budak-budak Tumpo ini. Imam Moin sememangnya geram dengan geng Tumpo yang kerap memekak. Imam Moin mempunyai seorang anak dara  yang cantik iaitu Fatiha yang bekerja kilang telur itik. Fatiha juga menjadi kesukaan mereka bertiga (geng Tumpo). Tetapi Mat yang lebih menyukainya.

Kemudian, cerita pula berkembang kearah kehidupan mereka bertiga ini dengen keluarga masing-masing. Tenyata ibubapa mereka sememangnya geram dengan sikap mereka yang menjadi ‘pengangur sepenuh masa’ seperti mengharapkan dividen tahunan. Pada hal simpanan sesen pun takada dalam ASB.

KISAH MAT – berulang kali ayah dan ibunya menyuruhnya menggunakan suara yang lantang itu ke jalan yang benar seperti pergi temuduga menjadi DJ orang kahwin dengan Pak Man Telo, berniaga di pasar (kerana suara kuat boleh jerit “ikan! Ikan!”), jual surat khabar lama (jerit “sulaaat khabaaar lama”), tolong tauke Chan jual tilam (“tilam-tilam… tilam busuk tukar tilam baluuuu… beli satuuuu percuma 8”)… namun dia tetap enggan. Dia mahu juga jadi penyayi sepeti Awie yang rock atau Amy Search. Tak dapat jadi Awie, jadi Dafi AF 5 pun bolehlah. Akhirnya, ayah dan ibunya menghalaunya dari rumah! Dia membawa diri yang luka lara sepeti di panaharjuna. Tetapi tak jauh mana pun. Di rumah sebelah sahaja iaitu rumah jirannya, Pak Man Telo.

KISAH YOB – Ayah dan ibunya jugasama-sama tension dengannya. Mereka malu kerana anaknya kerap memainkan muzik ‘tension’ setiap hari. Ayahnya mahu sahaja halau tetapi ibunya tidak kasi. Maka terpaksalah Yob membuat pondok biliknya sendiri di atas pokok tepi rumahnya. Di situlah tempatnya memekak bermain gitar. Dia tinggal atas pokok seperti tarzan!

KISAH LAN- Ayah dan ibunya benar-benar marahkannya kerana telah habis tong isi air dicurinya dijadikan drum. Kebetulan ketika itu air tiada. Bekalan air kena potong sebab ayahnya lewat bayar. Ketika nak mandi dan berak, tong isi air telah tiada. Suib dah kebas buat ‘drum’. Mengamuklah ayah dan ibunya hingga dia juga menerima nasib yang sama dihalau dari rumah. Namun, dia juga tak jauh pergi. Dia dihalau, tetapi dia tinggal di tepi rumahnya iaitu dengan berkhemah (khemah pasang siap RM 59.90 yg boleh dibeli di Giant/Tesco). Dia ambil wayar elektrik dari bilik sambung kekhemah tepi rumah. Sama saja, tinggal rumah juga!

Kembalilah mereka bertiga ini sebagai gengTumpo yang menghuru-harakan kampung. Sub-sub plot adalah proses mereka seperti ‘artis muzikal’ yang berjalan kehulu kehilir. Awek-awek cun habis diganggunya. Imam Moin semakin pening dengan karenah mereka. Paling memeningkan, mereka berempat ini suka buat bising berhampiran masjid. Sudah beberapa kali di nasihati, mereka kerap lintang pukang lari bila bertemu Imam Moin.

Mat sememangnya mempunyai suara yang agak sedap. Menyedari hal itu, suatu hari Imam Moin dating bertemu Mat. Mat ketakutan mahu lari kerana risau Imam Moin akan mendakwanya kemahkamah atau ‘saman’ nya kerana membuat bising mengganggu ketenteraman kampung. Rupa-rupanya tidak… Imam Moin mahu mengajar Mat kejalan yang lurus iaitu menggunakan suaranya melaungkan azan.

Mat semakin bersemangat, “Boleh jadi calon menantu,” bisik hatinya. Dia tiba-tiba berubah menjadi baik dan rajin ke masjid meninggalkan 2 sahabatnya. Namun perubahannya jadi baik itu hanya bertahan 48 jam sahaja. Dia mula kembali kepada gengnya. Imam Moin gagal mendidik Mat. Baru sahaja dia mahu mengajar menjadi baik dan mengajar melaungkan Azan.

Suatu hari pula, ketika Imam Moin sedang berehat, datang pula Daud Propa iaitu seorang Project Manager (PM) yang akan menjalankan satu pengambaran sebuah telemovie Heavy Drama. Dia mahu meminta kebenaran Imam Moin selaku imam kampong dan merangkap ketua kampung (ketua kampong sedang bercuti ke Bangkok selepas menang cabutan bertuah) .

Imam Moin acuh tak acuh mahu membenarkan. Dia sebenarnya mahu berlakon, tapi dia segan nak cakap. Jadi dia cipta alas an supaya pengambaran itu nanti jangan terlampau hamper dengan kampung. Hanya di hujung-hujung kampong sahaja.

Maka, kecohlah kampong itu seketika dengan pengambaran sebuah telemovie heavy drama yang menampilkan pelakon popular Rahim Kidol dan Khaty Azean nanti. Pada masa yang sama geng berempat (Tumpo) ini juga teruja. Mereka mahu juga popular masuk TV. Walau pun tidak dapat menjadi kumpulan muzik, jadi pelakon pun tak apa. Tetapi mereka tidak tahu bagaimana caranya mahu mendekati krew itu.

Pada masa ini, pengarah terkenal iaitu Kulop Fdam sedang berbincang dengan Daud Propa dan Lan Kedekut (penerbit). Lan memberitahu, bajet shoting dah lari sikit (bajet dah terlebih guna). Ini kerana kamera rosak akibat jatuh dalam sawah padi sewaktu babak tragis Mereka berbincang cara untuk ‘cut bajet’. Lan Kedekut mahu babak muzik tidak dirakam dalam studio. Bagi menjimatkan kos, dia menyuruh Daud Propa cari budak-budak kampung yang pandai main muzik, bayar murah-murah untuk dijadikan muzik latar babak/scene shooting nanti.

Daud Propa mencari-cari dan terjumpa mereka berempat. Gara-gara mahu popular dan masuk TV, mereka berempat setuju. Mat memberitahu Fatiha dia bakal menjadi artis popular. Fatiha langsung ‘tak  ingin!’.Katannya setakat extra pakpa cakap agunanya…

Maka, proses shooting mula dijalankan. Tetapi pelakon masih tidak tahu bahawa aka nada muziki ringan. Scene tragis iaitu Rahim Kidol menjadi buta seperti Kassim Selamat kerana menangis teringatkan Khaty Azean. Penerbit, pengarah dan PM mula memberitahu ‘konsep’ baru mereka. Shooting itu pun dilakukan beberapa scene akhir nanti. Pada masa yang sama Imam Moin merasakan kurang senang dengan kehadiran krew-krewitu. Sebenarnya, dia terkilan kerana tidak diambil berlakon. Sebelum menjadi imam, dia dahulunya pelakon teater islami kseangkatan zaman Khalid Salleh dan beberapa tokoh agama lain.

Esoknya, terdapat babak pergaduhan berhampiran kawasan masjid. Berlaju bunyi bising. Imam Moin muncul. Ketika ini geng empat orang lari lintang pukang kerana takutkan Imam Moin. Imam Moin memberitahu, jangan buat bising berhampiran masjid. Imam Moin menasihatkan agar mereka keluar dari kampong itu ke tempt yang lebih sunyi. PM mula risau bersama director. Dia cuba merayu pada Imam Moin untuk shooting lagi disekitar kampung. Imam Moin menetapkan syarat iaitu mengambilnya sama berlakon!

Semua setuju. Kebetulan memang ada watak Imam. Sepatutnya watak Imam itu dipegang oleh Nasir Bilal Khan. Tetapi Nasir Bilal Khan kebetulan sedang shooting Gerak Khas dengan Yuso fHaslam. Jadi watak itu tiada. Maka Imam Moin memegang watak itu penuh kesudian….


Company Profile
Company Name: Skop Multimedia Sdn. Bhd.
Address: B-03-03A, Endah Promenade, Jalan 3/149E, Taman Sri Endah Bandar Baru Sri Petaling Kuala Lumpur 57000 Malaysia
Description: Skop Multimedia Sdn. Bhd. was incorporated in early 2010 and has been assigned as the legitimate Copyright Owner for all Skop Production’s movies and Dramas produced by its associated principal company; Skop Productions Sdn. Bhd. The principal has assigned the Intellectual Property Rights and Copyright(s) of all the Skop’s Programs to Skop Multimedia Sdn. Bhd., inclusive of ALL Digital Rights and Formats. Skop Productions Sdn. Bhd. is renowned for its activities and popularity in producing many record breaking Malay movies and dramas which are of box office stature. Its accomplishment and capability of drawing viewers / audience reflects its identity. Thus, Skop Multimedia Sdn. Bhd. is established with the objective to further promote, market and safeguard its content in the library not only locally but internationally. The other objective of Skop Multimedia Sdn. Bhd. is also to explore to have Skop’s product to be featured in all new media platform. Skop Multimedia Sdn. Bhd. also has a duty to promote the work and popularity of a talented living legend in its principal founder, namely Skop Multimedia Sdn. Bhd. is intent to further promote his credibility as the best living film maker, best producer, and best actor status ever produced in Malaysia, mainly in Malay Films and dramas of diverse genre. His previous achievements and accomplishments should not have been frozen in the storehouse but be further enhanced and utilized for the enjoyment of the present generation and those to come. This is to avoid the likes of P.Ramlee films whose value only realized long after his demise. Skop Multimedia Sdn. Bhd. currently hold the widest and biggest Drama & Telemovies range local content product in the country.
Website: http://www.skopmultimedia.com
http://www.daganghalal.com/skopmultimedia
Contact Person: Mr. Ben Wong
Telephone No: +603 9054 7663
+603 9054 8663
Fax No: +603 9054 7993
   
Related Products 

 

  close x  
 

Instant Feedback

Feedback to us for any suggestions, problems encountered, and other enquiries.
Email :
Detail :
 
 
       
  close x  
 

Instant Feedback

 
 
       
  close x  
 

Instant Feedback

Feedback to us for any suggestions, problems encountered, and other enquiries.
Email :
Detail :
 
 
       
  close x  
 

Instant Feedback