Malay Synopsis
Pak Zamir merupakan seorang pengusaha restoran yang baru memulakan perniagaannya di pekan Rawang. Namun, perusahaannya kurang mendapat sambutan gala-gala layanan pekerjanya yang tidak mesra pelanggan serta harga makanan yang diletakkan melebihi pada kadar yang sepatutnya. Para pelanggan sebenarnya lebih gemar pergi ke restoran Wak Kadir kerana layanan yang balk, kebersihan yang dijaga serta sikap Wak Kadir yang tidak terlalu berkira dengan soal harga makanan. Hal ini menyebabkan para pelanggan lebih gemar mengunjungi restoran Wak Kadir daripada bertandang ke restoran Pak Zamir.Perkara ini menyebabkan Pak Zamir memendam rasa kesumat terhadap Wak Kadir. Beliau kemudiannya berhasrat ingin mendapatkan khidmat Bomoh Warjono, seorang pengamal ilmu pelaris sesat agar 'menghilangkan' restoran Wak Kadir agar tidak dapat dilihat oleh pelanggan. Bomoh Warjono telah mengarahkan Pak Zamir mengikat tulang binatang yang telah dijampi dan segenggam tanah yang diambil dari tanah perkuburan di sekitar restoran Wak Kadir, Usaha Pak Zamir berhasil. Beberapa minggu kemudian, didapati pelanggan yang berkunjung ke restoran Wak Kadir semakin berkurang dan akhirnya tidak seorang pun yang datang ke restoran itu, sebaliknya mereka semua telah beralih ke restoran Pak Zamir. Perkara ini menyebabkan Wak Kadir berasa hairan. Telahannya ternyata benar apabila pada suatu hari seorang pelanggan tetapnya telah bertanya kepada Wak Kadir mengapa Wak Kadir telah menutup restorannya selama seminggu. Wak Kadir semakin bingung dan mengambil keputusan untuk merujuk perkara ini kepada orang yang arif tentang perkara-perkara ghaib.Wak Kadir telah menemui Ustaz Johar, seorang ilmuan Fiqh lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir. Ustaz Johar pernah menuntut dengan Sheikh Jabarani Al-Amin, seorang cendekiawan Al-Azhar yang arif tentang ilmu-ilmu pelaris yang jahat. Namun, pengajiannya hanya sekadar mengetahui sahaja dan bukan untuk diamalkan. Menurut Ustaz Johar, musuh Wak Kadir ini barangkali telah menggunakan ilmu polaris yang jahat untuk 'menghilangkan' restoran Wak Kadir. Melalui nasihat Ustaz Johar, Wak Kadir diminta untuk melakukan solat hajat dan solat istikharah untuk meminta petunjuk daripada Allah tentang manusia yang menyimpan dendam terhadapnya. Beberapa hail selepas itu, restoran milik Pak Zamir telah terbakar akibat pintasan arus elektrik dan Pak Zamir telah mengalami kerugian yang besar. Semenjak itu, Pak Zamir bertaubat dan tidak lagi memusuhi Wak Kadir.