Home »
Halal Business
»
Art & Entertainment
»
Drama & Movie
»
Sinar Ya Rob
Sinar Ya Rob
Brief Description:
|
English Synopsis
Ruby lives the live of a whore seemingly destined for a dark ending at the grave. But the will of God prevails. When His wisdom and promise goes beyond the knowledge of His servants. Each night Mahmud a drug addict ferries Ruby on his motorbike to the dark lanes for her trade. Until one night, his motorbike ran out of fuel and they are stranded nearby a mosque. There, Ruby overhears the sermon and a tale of a woman, an ascetic saint. To her surprise, the saint shared the same name as hers which is Rabiatul Adawiyah. Despite sharing the same name, both shared a different path in life. Overcome by guilt and remorse, Ruby ponders her fate. Later, in the alley where she plies her trade, drowned in her own thoughts and ignoring the advances of many potential customers, she came upon a parcel, moving in the drain. It a baby, deseted, thrown away like the thrash. Ruby decides to keep it depsite Mahmud’s protest. Her life changes from that moment on…
|
Detailed Description:
|
Malay Synopsis
Ruby seorang pelacur murahan melalui rutin hidupnya dilorong jahanam. Kelangsungan hidupnya yang bergelumang dosa saban malam seakan pasti jasadnya akan terkulai dikuburkan dilorong hitam itu sebagai bangkai seorang pelacur. Namun kehendak Allah mengatasi segalanya. Bila janjinya berbisik (hidayah,) ianya melangkaui pengetahuan dan kepasrahan hambanya. Pada suatu malam motor Mahmud (penagih dadah) yang menghantarnya setiap malam kelorong, kehabisan minyak berdekatan sebuah masjid kampung. Kebetulan pada ketikaitu kuliah agama sedang berkumandang. Geram, malu, berdosa, rimas dan segala perasan bermain dibenak Ruby padamasa itu. Ketika Mahmud pergi membeli minyak Ruby mendengar dari jauh isi kuliah yang menceritakan kehebatan seorang wanita, wali Allah yang zuhud di jalan Allah walaupun melalui pelbagai ujian yang hebat..Hati Ruby tersentak dan tersentuh apabila wali Allah yang dimaksudkan itu sama seperti nama sebenarnya iaitu Rabiatul Adawiyah tapi berbeza sikap dan ‘darjat’. Hati Ruby resah berkecamuk dan bersalah pada dirisendiri. Setelah Ruby sampai dilorong Ruby termenung panjang tentang apa yang didengarinya tadi tanpa melayan ajakkan seorang pelanggan pun. Pada masa itu tiba-tiba Ruby terpandang sebuah bungkusan yang bergerak-gerak di tepi tong sampah. Setelah dihampirinya didapati seorang anak kecil yang dibuang. Dengan sifat ehsan dan insan yang masih ada, Ruby mengambil dan memelihara bayi tersebut walaupun ditentang oleh Mahmud. Hidup Ruby mula berubah. Perhatiannya kepada bayi tersebut merenggangkan dirinya dengan kegiatan pelacuran kecuali apabila kehabisan wang untuk membeli susu bayi tersebut. Mahmud memujuk supaya Ruby melepaskan bayi tersebut kepada jagaan pihak berkuasa kerana Mahmud tak mahu bayi tersebut membesar di lorong itu dengan cara hidup Ruby. Pelbagai cara mereka usahakan untuk menghantar bayi tersebut kepada orang yang lebih sempurna dari mereka kecuali pihak Polis kerana akan menimbulkan banyak masalah pada mereka tapi takberhasil. Sebaliknya kasih sayang yang terjalin diantara keduanya semakin menebal. Ruby sudah tidak dapat dipisahkan dengan bayi tersebut walau pernah di satu malam kelihatan Polis membawa sepasang remaja dipercayai ibudanbapa bayi tersebut seperti mencari bayi yang dibuang itu didepan mata Ruby tapi Ruby menyembunyikan ‘bayinya’. Ruby mula membawabayi tersebut kelorong untuk mencari “duit”. Mahmud menjadi mangsa kerana terpaksa menjaga bayi itu sementara Ruby melayan pelanggannya. Segala yang berlaku kepada Ruby sebenarnya diperhatikan oleh seorang penjual sate (Wak) yang ada disitu. Wak sering menasihati Ruby tapi tak diendahkan. Kedegilan Ruby memaksa Mahmud membuat keputusan untuk menjual bayi tersebut tanpa pengetahuan Ruby. Rancangan diatur tetapi terbongkar juga disaat penukaran bayi tersebut dengan dadah. Ruby Berjaya merampas semula bayinya dan itulah punca saat perpisahan antara Mahmud dan Ruby. Hidup Ruby semakin terhimpit tanpa Mahmud. Wak Sate tempat Ruby berlindung. Berlaku satu serbuan oleh pihak berkuasa pada suatu malam dan Ruby diselamatkan oleh Wak Sate. Setelah menimbang nasihat Wak, Ruby nekad meninggalkan lorong hitam itu dan membina hidup baru. Wak Sate berkorban untuk memperisterikan Ruby demi membimbing Ruby kepangkal jalan. Banyak halangan dan cabaran dihadapi oleh mereka termasuk tentangan dari orang kampung yang mengetahui Ruby bekas pelacur namun tabah dihadapi oleh mereka berdua demi mencari hidup yang diredhaiNya. Masa berlalu panta shinggalah bayi yang dinamakan Hidayat berusia 10 tahun. Tetapi satu masalah yang timbul bila mana Hidayat tak dapat kesekolah kerana tidak mempunyai surat beranak. Saat yang ditakuti oleh Ruby 10 tahun lalu akhirnya menjelma juga. Laporan polis terpaksa dibuat demi masadepan Hidayat. Hasil soal siasat, Hidayat akhirnya dipertemukan dengan keluarga kandungnya atas bukti-bukti yang dikumpul ketika Hidayat dibuang. Ini kerana ketika Hidayat dibuang, laporan polis dibuat oleh rakan sekolej “ibu kandungnya” yang kini mengalami gila meroyan selepas melahirkan Hidayat. Ruby dan Wak terpaksa berpisah dengan Hidayat. Untuk mengalih kasih saying Hidayat dari Ruby, Keluarga barunya menfitnah Ruby kononnya Hidayat diculikoleh Ruby dari hospital sejak kecil lagi. Ruby yang banyak berubah setelah mendapat hidayah dengan bertemunya Hidayat, melalui hidupnya bersama Wak tanpa insan yang amat disayanginya dengan reda. Hidayat dewasa. Sekembalinya dari pengajiannya diluar negeri, Hidayat mencari Ruby yang sudah tua. Ruby yang dulunya seorang pelacur yang pernah merasakan jasadnya akan terkubur dilorong jahanam itu akhirnya dibawa ke Tanah Suci Mekah menunaikan fardhu haji sebagai balasan terimakasih dan tanda kasih saying Hidayat terhadap Ruby yang tidak pernah bertepi walaupun sekian lama berpisah.
|
|
|
|
|
Company Profile
Company Name:
|
Skop Multimedia Sdn. Bhd.
|
Address:
|
B-03-03A, Endah Promenade, Jalan 3/149E, Taman Sri Endah Bandar Baru Sri Petaling Kuala Lumpur 57000 Malaysia
|
Description:
|
Skop Multimedia Sdn. Bhd. was incorporated in early 2010 and has been assigned as the legitimate Copyright Owner for all Skop Production’s movies and Dramas produced by its associated principal company; Skop Productions Sdn. Bhd.
The principal has assigned the Intellectual Property Rights and Copyright(s) of all the Skop’s Programs to Skop Multimedia Sdn. Bhd., inclusive of ALL Digital Rights and Formats.
Skop Productions Sdn. Bhd. is renowned for its activities and popularity in producing many record breaking Malay movies and dramas which are of box office stature. Its accomplishment and capability of drawing viewers / audience reflects its identity. Thus, Skop Multimedia Sdn. Bhd. is established with the objective to further promote, market and safeguard its content in the library not only locally but internationally. The other objective of Skop Multimedia Sdn. Bhd. is also to explore to have Skop’s product to be featured in all new media platform. Skop Multimedia Sdn. Bhd. also has a duty to promote the work and popularity of a talented living legend in its principal founder, namely
Skop Multimedia Sdn. Bhd. is intent to further promote his credibility as the best living film maker, best producer, and best actor status ever produced in Malaysia, mainly in Malay Films and dramas of diverse genre. His previous achievements and accomplishments should not have been frozen in the storehouse but be further enhanced and utilized for the enjoyment of the present generation and those to come. This is to avoid the likes of P.Ramlee films whose value only realized long after his demise. Skop Multimedia Sdn. Bhd. currently hold the widest and biggest Drama & Telemovies range local content product in the country.
|
Website:
|
http://www.skopmultimedia.com
http://www.daganghalal.com/skopmultimedia
|
Contact Person:
|
Mr. Ben Wong
|
Telephone No:
|
+603 9054 7663 +603 9054 8663
|
Fax No:
|
+603 9054 7993
|
|
|
|