HALAL DIRECTORY

Halal Business

Halal Services


SENGAU, SARDIN DAN PEKAK


Supplier Details
Skop Multimedia Sdn. Bhd. 
Malaysia     Silver Merchant


 
View similar products from this supplier
View supplier company profile
View this supplier website
Brief Description:

English Synopsis

Three friends, Sudin, Dino and Hais are what people usually called “special”. Born special. And in spite of being in their 30s, they never see themselves as special. Or as the Social Welfare Department termed them, “people with limited abilities”. For the three of them, they are perfect. They simply have a problem with communications. For Sudin is suffers from a cleft lip and palate, and speaks with a nasal tone. Dino is colour blind, short-sighted and far-sighted as well, making him almost as blind as a bat. Huge spectacles gives him a glimmer of the outside world. And Hais is afflicted with hearing problems which needs a stethoscope to hear or perhaps through a funnel of a loud hailer inches away from the ears.

A comedy of errors ensues, as one day, they decide to take a boat out to go fishing, and all hell break loose.

Detailed Description:

Malay Synopsis

Tiga orang sahabat, Sudin, Dino dan Hais adalah antara manusia yang di lahirkan istimewa, special kata orang putih. Usia mereka hampir sebaya iaitu pertengahan 30an. Sehingga usia mereka begitu, belum lagi pernah mereka mengaku mereka adalah manusia istimewa atau istilah Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai OKU atau orang kelainan upaya. Bagi mereka, mereka adalah sempurna, kekurangan mereka hanyalah masalah komunikasi.

Sudin dengan masalah langit-langit mulutnya berongga dan bersambung dengan rongga hidung yang menyebabkan dia sengau bila bertutur. Dino pula mempunyai masalah pengelihatan, sudahlah rabun warna, rabun dekat dan rabun jauh sekali gus, pakej yang menyebabkannya terpaksa memakai cermin mata tahap kanta teleskop. Manakala Hais pula mempunyai masalah pendengaran yang sudah tergolong dalam zon kritikal, hanya dengan statoskop sahaja barangkali dia boleh mendengar atau melalui corong laudheller  pada jarak sejengkal dari telinganya.

Sejarah bermulanya keakraban persahabatan mereka tidak pernah sesiapa yang peduli, malah mereka sendiri pun lupa-lupa ingat, bila bermula secara rasminya perkenalan mereka namun yang pasti lebih awal dari gagasan satu Malaysia. Sudin berbangsa Melayu tapi kulitnya hitam macam orang India, Dino pula orang India tapi kulit putih macam orang China, masa mengandungkan dia, mak dia banyak kunyah beras katanya. Hais pula orang china tapi sebijik macam Melayu. Kat Malaysia dah tak pelik dah benda macam ni jawab mereka kalau ada yang bertanya. Habis Haans Isac tu orang apa? Tiara Jacqulina tu orang apa? Orang tak kata apa pun bila tengok pemain bola sepak yang rupanya macam India, tapi nama dia Liu Kit Kong. Apa salah pulak kalau nama Sudin tapi rupa macam Arumugam?. Kan…?.

Namun seakrab mana pun persahabatan, ada waktu-waktunya berlaku konflik juga. Barangkali keakraban mereka adalah sebab factor hobi mereka yang sama iaitu memancing dan factor itu jugalah yang menyebabkan konflik berlaku di antara mereka. Sudin kecil hati bila Dino hanya mengajak Hais pergi memancing di laut dengan menaiki bot. Dino pula ada alasan sendiri bila hanya mengajak Hais, sudahlah bot fiber yang di sewa bersaiz kecil, sudin pula senang mabuk laut. Naik Angsa yang kayuh pakai kaki kat Tasik Titiwangsa pun dia muntah, macam mana nak naik bot kecil. Dino serba salah, sewa bot sudah di bayar, Hais sudah excited tak tentu hala, pertama kali memancing dari atas bot, selalunya atas jeti je. Akhirnya Dino mencipta pasal.

Di hari yang di janjikan dia mengajak Sudin pergi memancing sekali walaupun tauke bot sudah memberi amaran bahawa bot itu hanya boleh menampung dua orang saja. Di penambang Bagan Lalang, Sudin dan Hais sudah tidak sabar menunggu kedatangan Dino dengan peralatan dan perbekalan, namun dino tidak muncul, beberapa ketika datang tauke bot membawa life jacket sambil memberi tahu dino telah menaliponnya  dan mengatakan neneknya telah meninggal dan dia terpaksa menjadi waris yang akan mencucuh api bila upacara membakar mayat.

Sudin dan Hais terlopong bila Tauke bot mengajar mereka cara mengendalikan bot dan di pendekkan cerita akhirnya mereka terpaksa memandu bot sendiri mencari lubuk memancing. Sudin mengambil tempat memegang tuil pemulas minyak pada injin sangkut 15 kuda. Melihat kesan kuakan air di buritan bot yang seperti ikan sesirat membelit tali perambut, jelas menunjukan Sudin tidak tahu memandu bot. namun mereka berdua meneruskan juga hajat memancing.

Melewati kuala sungai, tiba-tiba injin sangkut mula buat hal, tuil minyak tidak dapat di kawal. RPM injin mendadak menjadi tinggi menyebabkan bot mereka memecut laju yang mereka rasa macam lajunya bot F1 atau pun macam lajunya bot Merin mengejar pendatang tanpa izin. Hais keras memegang tepian bot menjerit cemas, begitu juga Sudin, keras mengawal kemudi selurus mungkin. Sekuat mana raungan injin sangkut, sekuat itu juga pekikan cemasnya. Sudahnya, antara bunyi raungan bot, jeritan Hais dan pekikan Sudin jadi kombinasi suara yang harmoni macam suara kumpulan akapela. Semakin lama semakin sayup bunyi akapela mereka dan semakin jauh bot meninggalkan kuala.

Panic menyebabkan mereka tak tau macam mana mahu membuat tindakan yang betul, dengan masing masing tidak mempunyai pengalaman ke laut, menjerit-jerit satu sama lain menyuruh itu dan ini dengan komunikasi yang kelam kabut. Nak mengunakan tangan membuat isyarat, sudin takut nak melepaskan kemudi. Si Hais pulak nak menambah cuping telinga dengan tangan, takut nak melepaskan tepi bot,  akhirnya Sudin nekad membuka skru pengunci bot lalu melepaskan injin ke dalam laut. Berbuih-buih air laut bila injin 15 kuda itu tenggelam. Bot terus melungsur semakin lama semakin perlahan dan akhirnya teroleng-oleng berhenti. Sudin dan Hais menarik nafas lega.

Beberapa ketika kemudian selepas rasa cemas yang melampau, baru mereka sedar, bahawa mereka kini berada di tengah laut di tengah Selat Melaka, Itu pun bila mereka mendengar bunyi ‘hon’ dari sebuah kapal kontena sekali lagi mereka menjerit kecemasan mengalahkan bunyi ambulan yang membawa wanita nak bersalin bila melihat kapal kontena itu menuju kearah mereka. Nak berdayung, dayung tidak ada, sudahnya tangan menjadi pendayung cuba mengelak kapal kontena, sedaya mungkin menguak air macam burung tiung mandi di lopak.

Akhirnya mereka Berjaya mengelakkan diri dari di rempuh kapal kontena. Mereka mula terbaring keletihan di lantai bot, ada sedikit kelegaan, namun lega itu pun seketika cuma, bila mereka terpandang langit yang mengepul semakin lama semakin gelap dan memberat angin mula berhembus, alun semakin membesar dan semakin buas sudin dan Hais mula mencapai bag perbekalan mereka. Sudin sudah mula loya, namun belum sempat sudin muntah, mereka terlebih dahulu di muntahkan oleh bot fiber itu lalu mereka terapung-apung di permukaan laut yang mula di sirami hujan. “nasib baik ada jaket keselamatan ni” kata sudin, “hah…!” tanya Hais dan itulah perbualan terakhir yang boleh di dengari.

Sesedar mereka, mereka sudahpun terdampar di pantai dengan jarak yang tidak berapa jauh. Hujan sudah reda.  Mujur tali pancing yang terburai menyambungkan antara mereka berdua. Sudin membuka mata. Dengan pengelihatan yang masih kelabu dia melihat ada satu tin sardine di hadapan mukanya. Dia menggenggam tin sardine itu dan ketika itulah dia melihat Hais sedang melangkah dengan marah ke arahnya. Hais mula memarahi Sudin dengan menyalahkannya melepaskan injin ke laut, pertengkaran mula terjadi, sekali lagi dengan komunikasi yang setaraf dengan bunyi bangunan runtuh di landa gempa. Akhirnya mereka senyap memandang matahari yang mula bersembunyi di garisan horizon. Perut mula berbunyi seiring dengan bunyi serangga malam. Hais menjeling sudin yang menggenggem tin sardine.

Diraba-rabanya poket dan dia mengeluarkan pisau serba gunanya. Dia mencebik bila melihat can opener ada di antara sisipan pisau itu. Dia menjeling sudin, sudin mencebik pula ke arahnya. Tiba-tiba sudin menjerit bila seekor ketam meyepit kakinya, dan dia melihat ada darah keluar. Sejenak kemudian Hais pula menjerit bila dia juga di sepit ketam dan sejurus selepas itu mereka berdua sudah bertenggek di dahan pokok yang berlainan. Malam mula menjelma.

Lagu rock left handed perut Hais semakin rancak mendatangkan angan angan yang berbagai, ada ketikanya hidungnya terbau harum tumisan Char kue tiaw. Begitu juga Sudin, lagu dangdut di perutnya bagai berselang dengan bunyi kuali di ketuk dengan sudip. Hais meniarap di dahan memandang sudin, mengharap dia terlelap dan melepaskan genggaman tin sardinnya, begitu juga sebaliknya di pihak Sudin. Dek kerana kepenatan akhirnya keduanya terlelap dan sudin hanya tersedar bila terdengar bunyi degub seperti bunyi nangka jatuh, dia membuka mata dan sejenak termangu lalu ketawa mengekel bila melihat Hais terlentang bangang di bawah pokok.

Sesedarnya Hais dari jalunya, dia berang memandang Sudin yang mengekel ketawa. Oleh kerana lucu yang tak terkawal akhirnya sudin terlepas pegangan pada tin sardinnya. Sardinnya jatuh. Hais pandang tin sardine lalu cuba menerpa, namun pantas sudin melompat terjun dari dahan dan terjadilah perebutan dan akhirnya Hais dapat merampas tin sardine itu lalu memanjat dahan pokoknya tadi. Hais pula ketawa mengekel namun seketika dia terdiam bila terpandang Sudin yang sedang mengutip opener nya di pasir. Sudin sengeh namun sengehnya pula bertukar cemas bila telinganya menangkap bunyi mengaum seperti bunyi dinosaur. Sudin kelihatan terpinga-pinga sambil melingas melihat sekitaran.

Melihat keadaan itu, hais ikut cemas dan mula bertanya-tanya dan sekali lagi komunikasi meraka menjadi kalut. Kalut juga Dino di sebuah kedai makan mendail telefon cuba menghubungi sudin namun gagal. Namun terus juga dia menyuap Char Kue Tiaw di hadapannya sambil menulis sms yang di  hantar ke telefon Hais. Di hadapannya kelihatan set TV dan dua speaker besar.

Sudin dan Hais makin cemas menyangkakan mereka telah terdampar di sebuah pulau yang turut di huni oleh Dinosour. Sudin kemas menggenggam opener, Hais kejap menggenggam tin Sardin, tanpa mereka mengetahui, di sebalik pulau kecil itu saja, terdapat warung yang menayangkan di kaca TV cerita jurasic park dengan system audio home theater.  Dino sendawa, Char kue tiaw habis.


Company Profile
Company Name: Skop Multimedia Sdn. Bhd.
Address: B-03-03A, Endah Promenade, Jalan 3/149E, Taman Sri Endah Bandar Baru Sri Petaling Kuala Lumpur 57000 Malaysia
Description: Skop Multimedia Sdn. Bhd. was incorporated in early 2010 and has been assigned as the legitimate Copyright Owner for all Skop Production’s movies and Dramas produced by its associated principal company; Skop Productions Sdn. Bhd. The principal has assigned the Intellectual Property Rights and Copyright(s) of all the Skop’s Programs to Skop Multimedia Sdn. Bhd., inclusive of ALL Digital Rights and Formats. Skop Productions Sdn. Bhd. is renowned for its activities and popularity in producing many record breaking Malay movies and dramas which are of box office stature. Its accomplishment and capability of drawing viewers / audience reflects its identity. Thus, Skop Multimedia Sdn. Bhd. is established with the objective to further promote, market and safeguard its content in the library not only locally but internationally. The other objective of Skop Multimedia Sdn. Bhd. is also to explore to have Skop’s product to be featured in all new media platform. Skop Multimedia Sdn. Bhd. also has a duty to promote the work and popularity of a talented living legend in its principal founder, namely Skop Multimedia Sdn. Bhd. is intent to further promote his credibility as the best living film maker, best producer, and best actor status ever produced in Malaysia, mainly in Malay Films and dramas of diverse genre. His previous achievements and accomplishments should not have been frozen in the storehouse but be further enhanced and utilized for the enjoyment of the present generation and those to come. This is to avoid the likes of P.Ramlee films whose value only realized long after his demise. Skop Multimedia Sdn. Bhd. currently hold the widest and biggest Drama & Telemovies range local content product in the country.
Website: http://www.skopmultimedia.com
http://www.daganghalal.com/skopmultimedia
Contact Person: Mr. Ben Wong
Telephone No: +603 9054 7663
+603 9054 8663
Fax No: +603 9054 7993
   
Related Products 

 

  close x  
 

Instant Feedback

Feedback to us for any suggestions, problems encountered, and other enquiries.
Email :
Detail :
 
 
       
  close x  
 

Instant Feedback

 
 
       
  close x  
 

Instant Feedback

Feedback to us for any suggestions, problems encountered, and other enquiries.
Email :
Detail :
 
 
       
  close x  
 

Instant Feedback