Malay Synopsis
Kisah dua orang peniaga nasi kandar di Pulau Pinang sering bergaduh dan bersaing untuk menarik pelanggan masing-masing.
Ros Restoran Nasi Kandar kepunyaan Nana Mastan Marican seorang yang kaya dan angkuh. Isterinya Rosnah Bee sering menunjukkan barang kemas perhiasannya yang banyak tanda melambangkan kedudukannya.
Manakala Meera Nasi Kandar kepunyaan Zainol Alam Shah. Zainol Alam Shah hanya mempunyai sebuah gerai nasi kandar tepi jalan yang tidak kemas,berhadapan dengan restoran Nana yang ekslusif. Gerai Zainol Alam Shah menjadi tumpuan ramai kerana nasi kandarnya sedap,murah dan ramah mesra.
Berbagai macam cara dan taktik digunakan oleh Nana Mastan Marican untuk menarik pelanggan,termasuk ‘renovation’ yang makan belanja yang banyak untuk restorannya. Ros(isterinya) dijadikan model di tempat juru wang untuk menarik pelanggan sehingga ramai pelanggan yang naik meluat.
Perniagaan Zainol Alam Shah semakin berkembang sehingga berjaya membeli sebuah kereta mewah. Ini telah menyebabkan Nana Mastan Marican iri hati dan cuba mencari jalan untuk menghapuskan saingannya.
Bermacam cara digunakan sehingga timbul aksi-aksi yang lucu.Nana Mastan Marican mengupah orang untuk kenakan Zainol Alam Shah sehingga menyebabkan Zainol Alam Shah ditahan kerana disyaki nasi kandarnya ada campuran ganja.
Zainol Alam Shah terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi,tapi berjaya diselesaikan dengan bijak. Meera,anak perempuan Zainol Alam Shah bermain cinta dengan Ark(Ishak),anak lelaki Nana Mastan Marican. Percintaan mereka dihalang oleh Nana Mastan Marican yang ego.
Zainol Alam Shah mula bertindak melawan segala yang dilakukan oleh Nana Mastan Marican. Zainol Alam Shah menjual nasi kandarnya dengan harga murah dan kerap buat sedekah serta promosi ala kadar.
Atas nasihat bomoh palsu,Nana Mastan Marican berhabis ribuan ringgit untuk menghancurkan perniagaan Zainol Alam Shah, malangnya perbuatannya memakan diri sendiri. Nana Mastan Marican yang banyak berhutang dengan bank dan syarikat kewangan terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Nana Mastan Marican jatuh muflis dan kedainya hampir dilelong. Zainol Alam Shah yang kebetulan mencari kedai baru mengambil alih restoran Nana Mastan Marican. Nana Mastan Marican dan isterinya terpaksa bekerja dengan Zainol Alam Shah sebagai kuli.
Atas desakan dan helah yang dilakukan oleh Ark dan Meera,Zainol Alam Shah mengambil keputusan untuk berdamai dan berkongsi sama dengan Nana Mastan Marican restoran nasi kandar tersebut.
Nana Mastan Marican insaf dan mereka menjadi bisan. Restoran tersebut ditukar nama atas usahasama mereka berdua dengan nama barunya ‘Rosmeera Nasi Kandar’.