Malay Synopsis
Naz tersedar ketika berada di katil hospital namun dia tidak ingat apa-apa pun. Dia dimaklumkan yang dia sebenarnya terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabka dia hilang ingatan.Semua orang gembira kerana dia terselamat walaupun akibat daripada itu dia hilang ingatan.
Tetapi ada seorang wanita yang sering melawatnya dan selalu kelihatan sedih. Dia akhirnya mendapat tahu yang wanita itu adalah Siti, yang sepatutnya dia nikahi. Siti menunjukkan gambar-gambar mereka berdua semasa saat- saat bahagia mereka. Naz menganggap yang Siti bersedih kerana perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan kerana perbalahan antara ayah Naz (Pak Nasir) dan ayah Siti ( Pak Itam) dan juga kerana dia sudah lupa perasaannya terhadap Siti.
Beberapa hari kemudian, sebahagian daripada ingatan Naz pulih. Semasa Siti melawatnya, dia memberitahu Siti yang dia sudah berjaya mengingati siapa Siti dan segala kenangan yang mereka kongsi bersama. Malang sekali kerana dia tidak dapat mengingati perasaanya terhadap Siti. Mendengarkan hal ini, Siti menangis dan meninggalkan Naz di hospital.
Beberapa hari berlalu dan ingatan Naz mula pulih. Dia tertanya-tanya mengapa Siti tidak datang melawat. Naz bertanya kepada ibunya tentang Siti dengan harapan Siti dapat membantu memulihkan ingatannya semula. Ibu Naz menangis mendengarkan perkara ini.Beliau menjelaskan yang Siti terkorban di dalam kemalangan itu dan keluarga Naz tidak mahu memberitahu Naz perkara itu kerana keadaannya.
Memori mengenai kemalangan itu menerjah ke dalam ingatan Naz. Tiba-tiba dia ingat semula bagaimana gembiranya dia ketika itu dan masa dia melihat mayat Siti terbujur kaku di dalam kemalangan itu.Naz menjadi hilang arah apabila orang yang dia sayangi pergi meninggalkannya.Dia kini mengerti mengapa dia tidak mengenali Siti sebelum itu dan perasaan itu tidak tertanggung olehnya.
Naz menziarahi kubur Siti dan berdoa untuknya. Selesai berdoa dia merenung dan memegang batu nisan Siti dan berkata "Aku sudah ingat sekarang, Siti. Aku ingat rasa itu." Naz bertekad mengakhiri segala perbalahan Arwah ayahnya (Pak Nasir) yang juga telah meninggal dunia ketika insiden kemalangan tersebut. Arwah Pak Nasir telah mengambil tanah harta pusaka ayah Siti iaitu Pak Itam yang menjadi punca perbalahan mereka berdua. Naz telah bulat hati untuk berhadapan dengan Pak Itam meskipun dia tahu dia akan terkorban....