Malay Synopsis
‘Tiada siapa yang berani tinggal seorang di kampus kerana setiap kali berseorangan pembunuh itu akan keluar dan menjadikan orang itu mangsanya’
10 tahun yang lalu sekumpulan pelajar dibunuh kejam pada minggu Orientasi dengan setiap mulut mangsa dijahit namun pembunuhnya tidak dapat ditangkap dan motifnya tidak diketahui.
Genap 10 tahun, Aina menyambung pelajarannya di situ walau ditegah oleh abangnya Azri.Di sana dia berkenalan dengan rakan sebiliknya Ika dan Amar pemuda misteri yang sering mengekori Aina.Ketika sesi Orientasi, senior mereka Farhan dan Ijoy menceritakan tentang kisah pembunuhan 10 tahun yang lalu di kolej mereka namun baik Aina mahu pun Amar tidak mempercayainya.Farhan mencabar Amar dan yang lain-lain untuk dating ke block asrama lama tempat berlakunya pembunuhan untuk merasakan sendiri keseraman di situ namun sebenarnya Farhan dan Ijoy sudah mempunyai rancangan untuk menakut-nakutkan mereka. Ketika kekecohan berlaku, Encik Fariz pensyarah di situ dating menyelamatkan Aina dan Ika dari terus dibuli manakala Amar pula hilang secara misteri.Sejak peristiwa itu, Farhan dan rakan-rakannya menerima surat ugutan dan Amar muncul semula selepas hilang 3 hari. Farhan menyangkakan Amar yang menghantar surat ugutan kepada mereka tetapi sebenarnya ada orang lain yang berbuat demikian. Bermulalah kejadian tragis apabila rakan-rakan Farhan mula terbunuh satu persatu dengan mulut mereka berjahit. Adakah pembunuh 10 tahun yang lepas dating semula dan mempunyai agendanya tersendiri untuk membunuh Farhan dan rakan-rakannya ataupun ada orang lain yang menggunakan kesempatan ini untuk membalas dendam terhadap sesuatu rahsia yang tersembunyi selama ini? Dapatkah Encik Fariz menyelamatkan pelajar-pelajarnya dan dapatka Azri menyelamatkan Aina dari situasiini?