Malay Synopsis
Razif mempunyai seorang isteri bernama Midah. hasil perkahwinan mereka berdua, mereka dikurniakan seorang cahaya mata (Amer). Sebagai seorang pekerja yang berdidikasi di pejabatnya, dia telah mengenali wanita cantik dan muda (Laila). Hubungannya dengan laila akrab dan mereka kemudiannya menjalinkan hubungan cinta. Perhubungan itu diketahui oleh isterinya dan isterinya minta Razif membuat pilihan sama ada untuk memilih dirinya dan Laila. Razif mula bingung...
Razif memandu kereta dan mengenali Imam Rahman. Melihat Razif berduka, Imam Rahman mengajaknya berbual. Razif menceritakan kegusaran hatinya mahu memilih gadis idamannya dan isterinya. Dia harus melakukan satu keputusan. Dia tidak tahu mahu memilih. Imam Rahman menceritakan tentang dirinya yang berkahwin tiga.
Imam Rahman mempunyai isteri pertama bernama Temah. Dia sangat sayangkan Temah. namun setelah lama berkahwin, mereka tidak dikurniakan zuriat. Temah telah memberi keizinan kepada Imam Rahman untuk berkahwin lagi satu. Kebetulan Shasya seorang yang pekak ppandai menjahit dan mengajar Temah menjahit. Temah mahukan Shasya menjadi madunya. Imam Rahman menikahi Syasha dan memulihkan penyakit pekak Syasya
Hinggalah satu hari, Imam Rahman mengenali pula Nadia seorang gadis yang lari dari kampung akibat teraniaya teman lelaki. Imam Rahman bertindak menjaga Nadia. Dia menghantar Nadia pulang dan Nadia setuju mahu menikahi Imam Rahman.
Kisah perkahwinan Imam Rahman terhadap wanita dijadikan iktibar kepada Razif. Imam Rahman mengahwini wanita bukan kerana nafsu tetapi kerana mahu membantu. Razik akhirnya bertemu Laila dan membuat keputusan mahu melepaskan Laila. Dia lebih sayangkan isterinya...