Malay Synopsis
Kisah tiga sahabat Maidin,Abdul dan Burn (Bakar) tinggal dalam satu rumah sewa.Masing-masing mempunyai kisah silam yang tersendiri.Ada yang bujang,ada yang duda,masing-masing menceritakan kisah hidup mereka kerana sedang dilamun cinta.
Maidin berkahwin dengan seorang perempuan cantik yang bernama Sayang.Sayang yang terlalu sibuk menjaga penampilan diri,sentiasa berdandan sehingga abaikan tugas rumah tangga.Maidin menjadi tidak selesa di rumah sendiri kerana keadaan rumah yang tunggang langgang dan menjadi ejekkan rakan-rakannya.Mereka sering bertengkar dimana Sayang ingin Maidin jadi putih.Maidin rasa terhina dan mereka berpisah.Maidin terus menduda.
Abdul bercinta dengan Chombi,anak mamak mi yang terkenal di Sungai Pinang.Sikap baran Chombi sering membuat mereka bergaduh sehingga Chombi terkena sawan.Abdul ambil keputusan putuskan hubungan dan membujang.
Manakala Bakar mengikut tradisi yang diamalkan keluarganya sekian lama iaitu menunggu perempuan meminang lelaki.Bakar bercinta dengan Hamidah,gadis Georgetown.Kerana akur dengan prinsip bapanya,Bakar menunggu keluarga Hamidah masuk meminang.Akibat menunggu terlalu lama Hamidah dipinang orang lain dan Bakar melopong.Kerana kecewa Bakar terus membujang,kerana tidak pernah dipinang oleh sesiapa pun.Bakar bawa diri selepas keluarganya meninggal.
Mereka bertiga datang berjumpa Pak Non,seorang bomoh untuk sampaikan hajat mereka memiliki wanita idaman.Ketiga-tiga mereka terkejut bila mengetahui wanita idaman mereka adalah wanita yang sama iaitu janda Zaleha,tauke warung yang cun.Dalam masa yang sama keadaan bertambah keruh kerana Pak Non (bomoh) juga menaruh hati pada Zaleha,dan ini telah menimbulkan pelbagai kekecohan yang lucu.
Masing-masing bergaduh membawa diri mengikut hala tuju masing-masing.Setiap mereka jalankan muslihat dan cara tersendiri untuk memikat Zaleha.Haji Lokek,tuan punya tapak dimana gerai Zaleha berniaga juga menyimpan perasaan pada Zaleha sehingga menimbulkan kesukaran bila isteri Haji Lokek dapat tahu hal tersebut.Ramai isteri-isteri di kampung itu tidak suka pada Zaleha kerana suami mereka dikatakan gila pada Zaleha.Zaleha adalah wanita misteri.
Segala-galanya berakhir bila pihak hospital sakit jiwa datang menangkap Zaleha kerana telah melarikan diri dari wad.Zaleha mengidap sakit mental.Kekecohan di kampung tersebut berakhir di situ dan masing-masing mendapat malu kerana sekian lama mereka sesama sendiri bergaduh untuk memikat perempuan gila yang telah membunuh lima suami sendiri.Tiga sahabat yang digelar ‘limau purut tiga serangkai’ pun sedar diri atas kesilapan mereka.