HALAL DIRECTORY

Halal Business

Halal Services


kHATAN, HP & SJN HASAN


Supplier Details
Skop Multimedia Sdn. Bhd. 
Malaysia     Silver Merchant


 
View similar products from this supplier
View supplier company profile
View this supplier website
Brief Description:

English Synopsis

Amir is eight years old and his uncle, Pak Ngah feels it is time for him to be circumcised. Amir’s father is in the Armed Forces, ad Pak Ngah is also the Tok Mudim of the village responsible for the traditional circumcisions of all the children in the village. As times have changed, many children goes for circumcision at the local clinics or hospitals. Despite the advances in the medical sciences, Pak Ngah is of the opinion the old ways are better, and makes for a beautiful circumcision.

Pak Ngah needs to prove his ways are still relevant in these modern times. And even though he has gone through the appropriate medical courses for proper cicumcision, he believed strongly that the traditional method is the genuine ways of the Malays.

Amir’s father induced Amir to go through the cicumcision with Pak Ngah, with a promise to give Amir a handphone upon completion of the task. As the days draw near for the circumcision, Amir’s anxiety’s grows, and grows, compounded by his father’s rather vague reassurances now of a gift, after he has healed from the circumcision. In anger and in desperaion, he ran away…

Detailed Description:

Malay Synopsis

Amir tidak mahu berkhatan, namun Pak Ngahnya mendesak mahu mengkhatankannya. Umur amir baru lapan tahun, namun bagi Pak Ngahnya Amir sudah boleh berkhatan. Amir adalah anak seorang Anggota Tentera yang bertugas di Port Dikson. Pak Ngahnya pula adalah Tok Mudim kampung yang mengkhatankan budak lelaki secara tradisional yang tinggal di kampung berdekatan. Menjadi satu konflik baginya bila kebanyakan kanak-kanak kini lebih suka berkhatan di klinik atau hospital. Bukan tak boleh kata Pak Ngah cuma tak ‘cantik’, Pak Ngah boleh bagi cantik ‘anu’ amir... pujuk Pak Ngahnya.

Antara perkara besar bagi Pak Ngah ialah dia masih mahu membuktikan tok mudim kampung masih relevan pada masa sekarang. Dia pernah pergi berkursus untuk proses khatan moden, dia tahu macam mana mahu menggunakan ubat bius, tapi dia lebih suka menggunakan kaedah tradisional. “itu betul-betul punya Melayu… baru anu tak liar…” tambahnya bersungguh- sungguh.

Amir masih menolak, bapanya campur tangan ikut memujuk. Amir memberi syarat, iaitu jika dia setuju berkhatan dengan Pak Ngah, dia minta di hadiahkan  sebuah ‘handphone’. Bapa amir setuju. Bapa Amir berjanji akan memberi hadiah itu pada hari dia akan di khatankan. Tiba hari yang di janjikan, Amir di rendam dalam anak sungai. Pucat lesi bibir Amir kesejukan namun masih juga dia mampu bertanya tentang hadiah ‘handphone’nya. Amir terus menuntut hadiahnya. Tunggu Amir sembuh janji ayahnya pula.

Amir marah dan kemudian dia mula merajuk merungut-rungut. Senyap-senyap dia keluar dari anak sungai dengan niat mahu lari membawa rajuk. Pak Ngah yang sedang sibuk membuat persiapan terkejut bila di khabarkan tentang kehilangan Amir. Pak Ngah berkejar ke anak sungai, cemas bila melihat beberapa orang kampung sibuk tenggelam timbul mencari Amir, yang di sangka mereka tenggelam di dasar sungai dan ghaib.

Buntu tidak tahu ke mana arah yang hendak di tuju, akhirnya Amir masuk ke Muzium Angkatan Tentera menyelinap mengikut pengunjung yang datang. Amir berjalan dari satu bilik pamiran ke satu bilik pamiran dan akhirnya amir masuk ke replika terowong Pengganas Komunis. Dengan niat mahu menyembunyikan diri, amir bersembunyi di celah-celah petung pameran di salah sebuah ruang di dalam terowong itu ketika dia mendengar pengumuman bahawa terowong itu akan di tutup beberapa minit lagi dan Muzium hanya akan di buka semula pada hari rabu iaitu dua hari kemudian.

Tidak beberapa lama kemudian suasana menjadi sunyi selepas kedengaran pintu terowong di kunci. Amir masih mematikan diri melayan rajuknya, selepas beberapa ketika dia keluar dari persembunyian dan suasana terowong menjadi sunyi. Amir memandang patung dengan uniform Komunis yang memeggang replika selaras senjata Api. Amir kemudian mengambil senjata itu lalu dia menembak pengganas itu dan patung itu rebah. Amir bersorak kegembiraan. Kegembiraan Amir terhenti bila dia sedar patung yang di tembaknya tadi hilang!.

Amir mula takut bila dia terasa-rasa patung pameran yang lain mula bergerak-gerak. Amir buntu tidak tahu mahu menuju ke mana, dia mula melangkah pantas mengikut arah ‘keluar’ namun tanpa di duganya dia telah di tangkap oleh sesaorang dan menariknya ke tempat yang gelap. Amir tidak mampu menjerit kerana mulutnya di tutup, dan dia tidak dapat meronta kerana dia dipeluk kemas. Apa yang di dengarnya ialah isyarat menyuruh senyap dan ketika dia menoleh memandang lelaki itu dia terkejut bila dia mendapati, lelaki itu adalah seorang anggota tentera dan dia lebih terkejut bila Anggota Tentera itu memperkenalkan diri sebagai Sarjan Hasan!.

Sarjan Hasan memberi tahu dia baru sahaja dapat menyelinap masuk ke dalam terowong itu untuk menghapuskan pengganas komunis dan kini dia perlukan pertolongan Amir. Amir mula melihat patung-patung pameran kini sedah bergerak ke sana-kemari.  Amir yang mulanya takut kini mula jadi berani bila dia teringgat kisah kehebatan Sarjan Hasan lakunan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menentang Askar Jepun.  Sarjan Hasan memberikan kepada Amir selaras mesin gun dan mengarahkan Amir membantunya jika dia di serang musuh.

Beberapa ketika kemudian berlaku pertempuran hebat antara Sarjan Hasan dengan pengganas komunis dan dibantu oleh Amir. Setelah beberapa jam bertempur akhirnya Sarjan Hasan dan Amir dapat menumpaskan musuh satu persatu dan akhirnya semua musuh dapat di tumpaskan.

Sarjan Hasan mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Amir. Amir patut di beri hadiah atas keberaniannya, menurut Sarjan Hasan lagi. Ketika di tanya apakah hadiah yang di harapkannya, Amir menjawap ‘handphone’. Sarjan Hasan terkejut bila Amir menjelaskan kepadanya tentang handphone idamannya, namun Sarjan Hasan tidak bertanya lebih lanjut tentang perkara itu. Amir bertanya kepada Sarjan Hasan jika dia mempunyai nombor telefon, Sarjan Hasan hanya mengangguk.

Sarjan Hasan kemudian bertanya kepada Amir, macam mana dia boleh masuk ke dalam terowong itu, Amir menceritakan kisahnya yang di suruh berkhatan oleh Pak Ngahnya dan kemudian dia lari hinggalah dia bersembunyi di situ. Sarjan Hasan turut menceritakan kisahnya sewaktu berkhatan, sama seperti apa yang Amir lalui, namun menurutnya, berkhatan merupakan bukti bahawa seorang lelaki itu adalah seorang yang berani bukan pengecut. Sarjan Hasan juga mencabar Amir membuktikan bahawa dia bukan seorang pengecut. Amir berjanji akan berkhatan sebaik sahaja dia pulang nanti.  

Kehilangan Amir menjadi kecoh sehingga gambarnya di siarkan di kaca TV seawal berita pagi.  Pak Ngah yang masih dengan jampi serapahnya di tepi anak sungai, mengatakan Amir di larikan oleh orang bunian. Namun kepekaan seorang pegawai muzium, yang memeriksa rakaman cctv, dia dapat mengesan Amir di rakam pada kamera litar tertutup sedang memasuki trowong dan tidak keluar dari situ. Keluarga Amir di hubungi dan pagi itu kedengaran pintu terowong di buka.

Amir terkejut bila terdengar namanya di laungkan dari pintu terowong. Dia memberi tahu Sarjan Hasan itu suara bapanya dan dia terpaksa pergi, Sarjan Hasan pula memberi tahu Amir supaya tidak menceritakan tentangnya kepada sesiapa kecuali Pak Ngahnya, Sarjan Hasan menyuruh Amir menyampaikan salam dan sempat juga berbisik memberi tahu Amir bahawa dia dulu di khatankan oleh Pak Ngah Amir, “percayalah kalau Pak Ngah yang khatankan… anu jadi cantik….” Bisiknya lagi.

Amir senyum dan berlalu namun bila dia tiba di selekoh trowong dia berpatah balik dan meminta nombor telefon Sarjan Hasan. “0123456789…10” jawab Sarjan Hasan selamba dan mengenyit mata. Amir member tabik hormat, senyum dan berlari keluar.

Senyuman Amir melebar bila dia menjengukkan kepala keluar dari kain pelikat yang di gantung dengan tali mengelakan anunya terkena kain. Dia menoleh memandang handphone yang terletak di sebelahnya. Terkebil-kebil matanya seketika mengingat-ingat nombor siapa yang mahu di dailnya. Dia teringat wajah Sarjan Hasan yang mengenyit mata ketika dia berlalu, dia cuba mengingati nombor yang di sebut oleh Sarjan Hasan. Amir mendail telefon dan seketika kemudian terdengar nada dail, telefon di angkat lalu terdengar suara yang memperkenalkan diri “Hallo… Sarjan Hasan sini… siapa di sana…?”. Amir senyum. Habis.


Company Profile
Company Name: Skop Multimedia Sdn. Bhd.
Address: B-03-03A, Endah Promenade, Jalan 3/149E, Taman Sri Endah Bandar Baru Sri Petaling Kuala Lumpur 57000 Malaysia
Description: Skop Multimedia Sdn. Bhd. was incorporated in early 2010 and has been assigned as the legitimate Copyright Owner for all Skop Production’s movies and Dramas produced by its associated principal company; Skop Productions Sdn. Bhd. The principal has assigned the Intellectual Property Rights and Copyright(s) of all the Skop’s Programs to Skop Multimedia Sdn. Bhd., inclusive of ALL Digital Rights and Formats. Skop Productions Sdn. Bhd. is renowned for its activities and popularity in producing many record breaking Malay movies and dramas which are of box office stature. Its accomplishment and capability of drawing viewers / audience reflects its identity. Thus, Skop Multimedia Sdn. Bhd. is established with the objective to further promote, market and safeguard its content in the library not only locally but internationally. The other objective of Skop Multimedia Sdn. Bhd. is also to explore to have Skop’s product to be featured in all new media platform. Skop Multimedia Sdn. Bhd. also has a duty to promote the work and popularity of a talented living legend in its principal founder, namely Skop Multimedia Sdn. Bhd. is intent to further promote his credibility as the best living film maker, best producer, and best actor status ever produced in Malaysia, mainly in Malay Films and dramas of diverse genre. His previous achievements and accomplishments should not have been frozen in the storehouse but be further enhanced and utilized for the enjoyment of the present generation and those to come. This is to avoid the likes of P.Ramlee films whose value only realized long after his demise. Skop Multimedia Sdn. Bhd. currently hold the widest and biggest Drama & Telemovies range local content product in the country.
Website: http://www.skopmultimedia.com
http://www.daganghalal.com/skopmultimedia
Contact Person: Mr. Ben Wong
Telephone No: +603 9054 7663
+603 9054 8663
Fax No: +603 9054 7993
   
Related Products 

 

  close x  
 

Instant Feedback

Feedback to us for any suggestions, problems encountered, and other enquiries.
Email :
Detail :
 
 
       
  close x  
 

Instant Feedback

 
 
       
  close x  
 

Instant Feedback

Feedback to us for any suggestions, problems encountered, and other enquiries.
Email :
Detail :
 
 
       
  close x  
 

Instant Feedback