Malay Synopsis
Detik Satu Dini Hari (DSDH) adalah sebuah rancangan radio tengah malam di Juara FM. Kisah hubungan mesra antara Penyampai Radio, pendengar setia DSDH dan pemanggil setia kesukaan ramai. Kemesraan yang terjalin begitu unik kerana keakraban yang terjalin hanyalah melalui suara perbualan yang kedengaran di corong radio.
Zalee merupakan menyampai radio bagi rancangan DSDH. Bersama penerbitnya yang bernama Anis, Mereka mengendalikan rancangan ini dengan mempertengahkan isu-isu menarik untuk dibualkan bersama pendengar lain. Para pendengar yang ingin berkongsi pendapat atau kisah mengikut tajuk yang dipertengahkan boleh menelefon ke stesen radio atau SMS ketalian rancangan.
DSDH bukanlah rancangan radio yang popular. Mengikut kedudukan rancangan, DSDH Cuma berada di tangga ke-4 antara rancangan tengah malam yang popular. Walaupun jumlah pendengarnya tidak seramai 2-3 rancangan yang lain, pendengar rancangan ini amat setia. Ini terbukti dari surat surat pendengar yang diterima, pemanggil-pemanggil yang setia serta kerancakan interaksi diantara mereka.
Gema Sutra iaitu nama jolokan yang diberikan oleh Zalee adalah salah seorang pendengar setia. Bukan sahaja sebagai pendengar setia, dia juga antara pendengar yang sering menelefon dan memberikan buah fikirannya. Kerana pendapatnya dan ceritanya yang sentiasa menarik, dia merupakan pemanggil popular dikalangan pendengar setia DSDH.
Kerana itu juga, pihak radio sering cuba mengundang Gema Sutra untuk ke radio sebagai tetamu undangan, namun Gema Sutra menolak pelawaan itu dengan hormat. Tuturcara Gema Sutra dalam telefon serta penerimaan pendengar kepada Gema Sutra membuat pihak radio, terutama Zalee dan Anis untuk mengenali Gema Sutra dengan lebih lanjut. Perbagai rancangan diatur untuk cuba bertemu sendiri Gema Sutra, namun semuanya gagal. Gema Sutra tetap tidak mahu dirinya diketahui dengan lebih lanjut
Selepas beberapa minggu, tiba-tiba DSDH menjadi sunyi dari suara Gema Sutra. Malam pertama tanpa Gema Sutra memanggil ke stesen memang terasa kelainannya. Perbincangan tidak serancak seperti biasa. DSDH seperti kehilangan serinya dan Zalee serta Anis mula ketandusan idea untuk merancakkan suasana.
Keadaan ini berlarutan hingga malam ketiga, dan malam ini panggilan tak henti-henti datang dari para pendengar. Bukan untuk memberi pendapat, tetapi mahu bertanya kenapa suara Gema Sutra tak kedengaran lagi. Ada yang bertanya ke mana Gema Sutra menghilang, ada yang merayu untuk Gema Sutra kembali memanggil keudara, tak kurang juga mereka yang menuduh stesen radio penyekat panggilan Gema Sutra kerana takut populariti penyampai radio tergugat. Pelbagai andaian dan spekulasi di buat, sehingga Zalee dan Anis mati akal dibuatnya.
Akhirnya, Zalee dan Anis membuat keputusan untuk membuat pengumuman di udara, merayu agar Gema Sutra menelefon ke stesen kerana para pendengar merindui celoteh Shida.
Malam berikutnya, siaran dimulakan dengan hambar. Zalee dan Anis masih risau dengan keadaan yang berlaku semalam, berharap agar Gema Sutra akan menelefon ke stesen untuk menyelamatkan keadaan.
Anis mengambil keputusan untuk menyamar sebagai Gema Sutra tanpa persetujuan Zalee.
Seperti diduga, kehadiran suara Gema Sutra palsu yang dilakonkan oleh Anis dapat menarik sedikit perhatian pendengar. Tidak lama kemudian, panggilan suara tiba-tiba menjelma di corong radio. Suara Gema Sutra menegur perbuatan menipu oleh Anis kepada peminat Juara FM. Setelah itu, semua pemanggil radio dan pendengar Juara FM mengutuk perbuatan Juara FM Zalee dan Anis kerana sanggup berbohong kepada masyarakat.
Zalee juga amat tertekan dengan peristiwa tersebut. Zalee ingin memberi penjelasan kepada Gema Sutra.
Zalee tetap menunggu dan menunggu panggilan dari Gema Sutra dan pada satu hari tiba-tiba suara Gema Sutra muncul dan mula berbicara…
Salam maaf semua. Saya berharap anda biar bercerita tanpa henti. Terima kasih. Nama saya Shida. Kalau anda ingat saya bekas seorang penyanyi..... Dalam bidang saya perbezaan antara riang dan riak berada di titik yang sama. Bila penonton bersorak di hati kecil kita berkata ‘hebatnya aku’. Yang patut kita betulkan ialah syukur Alahamdullillah dengan anugerah ini. Apabila kita ada kesedran itu tomahan akan perangai rendahan kita akan di nobatkan kepada sedekah. Kita mempunyai ramai pengikut dan pendengar. Kita boleh sama bercerita membina minda dan perkara yang positif. Namun di waktu yang sama kita juga boleh menggunakan nya di jalan yang tidak menfaatkan sesiapa. Yang sering di gunakan glamour, popular dan berpengaruh. Ubah lah sementara ada waktu ingatlah mati itu benar akhirat itu pasti. Hidup ini sementara dan hanya pinjaman sahaja.
..... saya, suami dan anak semua meninggal dunia di dalam satu kemalangan sebulan lalu..... Kalau ada apa yang tersedik di hati kata kan lah jangan di simpan. Hiduplah seperti kita tidak akan mati. Beribadat seperti pemergian kita sudah di nanti. Jangan terlambat kerana masa tidak menunggu kita.
Selesai sahaja ayat itu… Keadaan menjadi senyap. Tiada siapa yang bersuara, baik Zalee, Anis mahupun para pendengar. Semua tergamam dengan kenyataan Shida/Gema Sutra dan seperti tidak percaya dengan apa yang didengar. Siapakah Shida?