Malay Synopsis
Ismail atau lebih dikenali dengan Tok Misai di kampungnya merupakan orang lama yang telah menetap di kampung kundang permai. Perwatakannya yang kurang mesra dengan orang kampung membuatkan segelintir penduduk kurang senang dengannya. Setelah kematian isteri 3 tahun lalu, Tok Misai telah berkahwin dengan Mastura, gadis kampung yang menjadi pujaan pemuda di kampung. Mastura anak yatim piatu. Dia dibesarkan oleh Nek Kalsom. Nek Kalsom merupakan nenek saudara Mastura, bidan kampung yang telah bersara. Setelah berkahwin, anak-anak hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Zahrin telah membawa haluan masing-masing.
Zahrin telah berkahwin, isterinya Haliza dan mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Emilia dan Yana.
Pada suatu hari, Tok Misai jatuh sakit. Mastura telah meminta Zahrin Tok Misai balik atas permintaan Tok Misai sendiri. Pada malam anaknya Zahrin sekeluarga dirumah Tok Misai, pelbagai kejadian pelik terjadi. Di dalam rumah Tok Misai, terdapat satu bilik yang dijaga rapi oleh Tok Misai semasa hayatnya. Bilik tersebut tidak Sdibenarkan oleh Tok Misai masuk termasuk isterinya sendiri. setelah kematiannya, barulah bilik tersebut dibongkar. Terdapat satu peti misteri.
Pelbagai kejadian pelik telah terjadi setelah kematian Tok Misai. Banyak kejadian yang mengganggu ahli keluarga Tok Misai. Cerita bermula, bila Wan dan Amar, pemuda kampung yang agak nakal telah terserempak dengan Tok Misai di sekitar kampung. Wan pernah ada hati terhadap mastura satu masa dulu. Nek Kalsom telah meminta pertolongan dari seorang ustaz muda bernama Rizal untuk menyelamatkan anak saudaranya, Mastura dari terus dihantui Tok Misai.
Tindakan susulan terpaksa dilakukan apabila satu keluarga tersebut diganggu pelbagai perkara mistik.